weLcome


Tuesday, 10 September 2013

Alkisah sebuah hidangan isteri

Mak saya suka memasak tapi mak bukan seorang suri rumah, mak seorang engineer. 
Ada satu malam, mak balik sangat kepenatan tapi masih perlu memasak untuk saya dan abah. 
Mak hanya mampu masak ayam kunyit, sayur kailan ikan masin dan nasi. 
3 hidangan itu diletakkan di meja makan di mana ayah duduk goyang kaki menunggu makan. 

Ayah meminta diri untuk solat Maghrib dulu sebelum makan. 
Ketika itu saya mencuba hidangan mak. 
Alamak, ayam kuncit terlalu masin, kailan separuh masak dan nasi hanyit. 
Namun saya diam. 

Selepas Isyak, ayah menjamu makanan masakan mak. 
Sambil makan, ayah bertanya bagaimana sekolah hari ini. 
Saya tidak berapa ingat apa jawapan saya. 

Ketika makan, mak mohon maaf pada ayah atas masakannya. 
Tapi ayah menjawab, “Sangat sedap sayang. Abang suka semua hidangan ini.” 
Malam itu, sebelum tidur, saya pergi bersalam dengan ayah yang masih di ruang tamu 
dan bertanya betul ke ayah suka masakan mak tadi yang saya sendiri terasa susah nak telan. 

 “Anakku, mak dah penat sepanjang hari kerja. Mak dah penat. 
Hidangan kurang enak tak melukakan Mie dan ayah tapi kata-kata kasar akan menghiris perasaan,” kata ayah. 

 Mendengar kata-kata ayah, saya tersentak. 
 Lalu saya masuk bilik untuk bersalam dengan mak 
dan bertanya… “Mak rasa ayah tadi kata suka masakan mak hari ini, mak percaya ke?”
“Anakku. Itu tak penting. 
Yang penting ayah jaga hati mak dan selepas makan, 
ayah tolong mak cuci pinggan. 
Ayah kamu itu orang besar, tapi benda-benda kecil sebegini yang buat mak sentiasa rasa bahagia
kerana terasa ayah betul-betul sayang kat mak,” jawab mak. 

 Itulah perkara yang berlaku ketika kecil dan saya mengingati sehingga hari ini. 
 Kini saya sudah berkahwin, anak sudah tiga – dan melihat kembali kenangan manis ayah dan emak, 
saya semakin memahami fikiran mereka pada masa itu. 
Mak dan ayah dan tindak-tanduk mereka menunjukkan mereka menerima segala kelemahan 
antara satu-sama lain dan meraikan perbezaan tersebut supaya hubungan erat 
dan kukuh sentiasa berkekalan. 
Mereka meraikan segalanya antara mereka, 
dan berusaha bersama untuk memastikan pasangan mereka sentiasa gembira dan bahagia. 

Wahai anakku, Hidup ini terlalu singkat untuk sebarang kekesalan. 
Jangan hidup dalam kekesalan. 
Hargailah segala yang dilakukan oleh orang-orang kesayangan kita, 
walaupun kadangkala kita tidak beberapa menyukainya. 
Mereka lakukan dengan kasih sayang, 
maka balaslah niat itu juga dengan kasih sayang dan kesyukuran 
bahawa ada yang masih sanggup melayan kita dengan baik. 
Ingatlah masa yang berlalu tidak akan berpatah balik.

 copy&paste

Thursday, 5 September 2013

Amalan Bagi Menajamkan Penglihatan Mata

Di sini sy ingin berkongsi satu ilmu dari tok guru saya dulu 
iaitu ilmu untuk menajamkan penglihatan mata dan mngurangkan rabun mata. 
Semua orang boleh amal terutamanya bagi yang rabun, 
saya tengok kawan2 sy ramai jugak yang rabun 
dan tepaksa menambah power 'spec mata'.. Jadi, saya tiba2 teringat ilmu yg ustaz sy ajar ni.. 

Jadi kawan2, masa anda semua menjawab azan,
apabila terdengar laungan
 أشهد أن محمد رسول الله, 
maka hendaklah menjawabnya 

dan kemudiannya membaca ayat ini:
 فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٌ۬ 
(sila rujuk surah qaf (ق) ayat yg ke 22)

Kemudian hembus dekat belakang ibu jari seperti dlm gambar,
lepas tu, gosok belakang ibu jari tu kat kedua2 mata.. (jari kanan= mata kanan, jari kiri=mata kiri) InsyaAllah, sntiasa amalkan, akan dapat lihat perubahannya, 
yang penting kita sentiasa bersangka baik dengan Allah..

InsyaAllah, ni salah satu ikhtiar untuk kesihatan mata kita.

p/s : copy n paste .. say juga rabun.hihi.



PETUA UNTUK MELEMBUTKAN HATI SUAMI

Supaya rumahtangga bahagia dan berkekalan serta tidak berlaku porak peranda dalam kehidupan berumahtangga..

Mulakan dgn membaca "Ta'awwudz" 
kemudian baca BasmaLlah

 فَجَعَلۡنَـٰهُنَّ أَبۡكَارًا (٣٦) عُرُبًا أَتۡرَابً۬ا (٣٧) لِّأَصۡحَـٰبِ ٱلۡيَمِينِ ٣٨) 
Surah al-Waaqi'ah ayat 36, 37, 38 
Maksud terjemahannya: "..Dan Kami jadikan mereka gadis2 perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya, (Kami ciptakan mereka) untuk golongan kanan 

Baca bahagian ayat ini sebanyak 7x
 ذۡ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَـٰٓأَبَتِ إِنِّى رَأَيۡتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوۡكَبً۬ا وَٱلشَّمۡسَ وَٱلۡقَمَرَ رَأَيۡتُہُمۡ لِى سَـٰجِدِينَ (٤) 
Surah Yusuf ayat 4 
Maksud terjemahannya: "(Ingatlah), ketika Yusuf berkata kpd ayahnya: "
Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan, 
ku lihat semuanya sujud kpdku 
Baca bahagian ayat ini sebanyak 7x 

Kemudian baca Surah ayatul Kursi sebanyak 3x 
Kemudian baca Surah an-Naas sebanyak 3x 
Kemudian baca Surah al-Falaq sebanyak 3x 
Kemudian baca Surah al-Ikhlash sebanyak 3x 

Selepas membacanya hembuskan bukan "tiup" (dgn sedikit percikan air liur sgt halus ke dalam gelas yg mengandungi air bersih (sebaiknya air mineral, bagus lagi klu air zam zam) 
dan minum separuh drpd air itu, yg separuh lagi, sapukan pada muka dan seluruh badan puan dan terus tidur. Ketika merebahkan badan niat di dalam hati sebelum tidur supaya Allah Ta'ala bagi petunjuk dgn dilembutkan hati suami puan2 itu..


Tuesday, 27 August 2013

Jom Kemas Beg

Sangat menarik cara dia kemas beg..
sangat mudah.
jimat masa..
jimat ruang..
leh practice pas nie.. hihi




cara lelaki..


cara wanita..





(Rabbee) I'm Yours Lyrics:


Well I've done-done wrong and you bet I felt it
I tried to be chill but it was so hot that I melted
I fell right through the cracks
And I'm trying to get back!
Before the cool done run out
and I'll be giving it my bestest
And nothing's going to help me but divine intervention
I reckon it's again my turn...to win some or learn some!
So I won't hesitate no more, no more
This cannot wait, I'm Yours! Rabbee I'm Yours!!

Well open up your mind and see like me
Open up your plans and man, you're free!
Open up your heart and you'll find love, love, love 
Listen to my music and maybe sing with me?
I love peaceful melodies
It's our God-forsaken right to be loved, loved, loved, loved, loved!

So I won't hesitate no more, no more
This cannot wait I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short
This is our fate, Rabbee! Rabbee! I am Yours!

I've been spending way too long checking my tongue in the mirror
And bending over backwards just to try to see it clearer
and my breath fogged up the glass
So I drew a new face and laughed 
I guess what I be saying is there ain't no better reason,
to rid yourself of vanities and just go with the season
It's what we aim to do
Our name is our virtue!

So I won't hesitate no more, no more
This cannot wait I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short
This is our fate, Rabbee! Rabbee! I am Yours!
Rabbee, Rabbee, I am Yours!
Rabbee, Rabbee, I am Yours!
Oh, Rabbee, Rabbee, I am Yours! ..


koPi aNd paSta

get this widget here