weLcome


Saturday, 3 November 2012

:: 6 jenis perempuan yang wajib dijauhi ::

LELAKI digalakkan untuk mencari isteri solehah. 

Jauhi jenis perempuan-perempuan di bawah untuk dijadikan isteri nescaya kamu akan bahagia: 

1. Al-Anaanah : Banyak keluh kesah. 
Yang selalu merasa tidak cukup, apa yang diberi semua tidak cukup. Diberi rumah tidak cukup, diberi motor tidak cukup, diberi kereta tidak cukup. Tidak redha dengan pemberian yang diberi suami. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia sahaja, tanpa menghiraukan perasaan suami. Tidak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. Bukannya hendak menolong suami, apa yang suami beri pun tidak pernah puas. Ada saja yang tidak cukup. 

 2. Al-Manaanah : Suka mengungkit. 
Kalau suami melakukan perkara yang dia tidak berkenan, maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. Sangat mudah hendak membicarakan perihal suami. Tidak mengenang budi, tidak bertanggungjawab, tidak sayang dan macam-macam. Walaupun suaminya sudah memberi perlindungan macam-macam padanya. 

 3. Al-Hunaanah : Ingin pada suami yang lain atau berkenan kepada lelaki yang lain. 
Sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami/lelaki lain. Tidak redha dengan suami yang ada.

 4. Al-Hudaaqah : Suka memaksa. 
Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukannya. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dengan berbagai ancaman. Ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami. Suami dibuat seperti orang suruhannya, bukan sebagai pemimpinnya. Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia sahaja. 

 5. Al-Hulaaqah : Sibuk bersolek atau tidur atau santai-santai hingga lalai dengan ibadah-ibadah asas, 
seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak-anak.

 6. As-Salaaqah : Banyak berbicara, bergosip. 
Siang malam, pagi petang asik bergosip. Apa saja yang suami kerjakan selalu tidak benar di matanya. Zaman sekarang ni bergosip bukan saja berbicara di depan suami, tapi dengan telefon, SMS, internet dan macam-macam cara yang lain. Yang jelas isteri itu asyik menyusahkan suami dengan kata-katanya yang menyakitkan. 

 #Copy and Paste# 
Kite semua bukan hamba yang sempurna maka berusahalah kite semua ke arah kesempurnaan di mataNya Yang Maha Kuasa

Friday, 2 November 2012

muhasabah ^_^

Assalammualaikum.. 

 pandang cermin.. 
lihat lah diri sendiri.. 
Renunglah sejenak... 
nilai lah hati nurani.. 

apa tujuan hidup kita? 
adakah kita ingat akan hari kiamat? 
adakah kita mengingati kematian? 
cukup kah bekalan kita nanti? 
Dan apakah setiap perubahan yang kita lakukan adalah semata-mata untuk Allah? 

 jika kita berubah untuk menjadi baik kerana Allah,
 Allah akan hantar orang yang baik2 untuk bersama kita,, 
yakinlah dengan janji Allah.. 

Thursday, 25 October 2012

keCik aTi??

✿~ Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. 
Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati ~✿ 

 ~> I’m so confused <~ (=.=)' Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa ?? 

Then I asked my dad what’s that mean. 

 Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia. 


Anak: Uiikk... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun? 


Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah. 


Anak: *blur (>,<)' 


Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. 


Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah. 


Anak: Ooooooo... Ook...(n_n)' 


Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap. 


Anak: *termakan cili . hee (",)' ♥~ 



So, the conclusion is...Jangan mudah terasa hati... ♥~ Maknanya kita tak redha dengan Allah... ♥~ Nanti Allah pun tak redha dengan kita...Na’uzubillah...


 ~♥> "Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu...Seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah astaghfirullah al-azim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah S.W.T telah menutup aib dan kelemahan kamu." Astaghfirullah al-azim...

Tuesday, 16 October 2012

‎~Bercinta sampai ke SYURGA~

Lelaki : Assalamualaikum bidadariku~setiap hari selepas baca alQuran,sayang mesti bagi laporan berapa juz da habis.. Kenapa semalam tak bagi mesej laporan? 

 Wanita : Walaikumsalam... Orang merajuk..

 Lelaki : Laa... Kenapa ni?? 

 Wanita : Semalam abang ponteng tahajjud!! Sayang call kejut abang tak jawab.. 

 Lelaki : Astagfirullahal'azim.. Abang penat + malas semalam... 

 Wanita : Tapi dulu abang da janji nak masuk syurga sama2.. 

 Lelaki : hmm.. Betullah tu.. Abang mintak maaf.. 

 Wanita : Kalau abang ponteng amal, sayang akan lebih amal.. Bila sayang lebih amal, sayang takut syurga sayang lagi tinggi, abang duduk syurga rendah.. Macam mana kita nak jumpa? Sayang tak mahu berpisah dengan abang.. Abang yang janji nak bercinta sampai ke syurga kan? 

 Lelaki : (mengalir air mata).. Semoga ALLAH ampunkan abang... Malam ni abg tak malas2 lagi.. ^__^ 


 Via : Shujaie Kamal

Tuesday, 9 October 2012

Jom Siksa Iblis!

Suatu ketika Rasulullah SAW bertemu dengan iblis. 
Kemudian Baginda mengajukan beberapa pertanyaan tentang perkara-perkara apa saja yang dapat membuat makhluk yang dilaknat itu tersiksa. 
Berikut di bawah amalan-amalan yang dapat membuat iblis tersiksa tersebut : 

 1. Iblis Panas Dingin dan Gementar Semasa Seorang Hamba Melakukan Solat 

 Nabi Muhammad SAW bertanya, “Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang daripada umatku yang hendak solat?” Iblis menjawab, “ Panas Dingin dan Gementar”. Kemudian Baginda Rasulullah menanyakan mengapa. Iblis pun menjawab, “kerana setiap seorang hamba Bersujud Sekali kepada Allah, maka Allah Mengangkatnya Satu Darjat.” 


2. Tubuh Iblis Terikat Tubuhnya Saat Seorang Hamba Melakukan Puasa 

 Baginda Rasulullah bertanya lagi, “Jika seorang umatku berpuasa?” Iblis pun menjawab, “Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka.” 


3. Iblis Seperti Orang Gila Saat Seorang Hamba Menunaikan Ibadah Haji 

 Kemudian Rasulullah bertanya lagi, “Jika seorang umatku menunaikan haji?” Iblis menjawab, “Aku seperti orang gila.” 


 4. Iblis Merasa Meleleh Saat Seorang Hamba 

Membaca Al-Qur’an Rasulullah bertanya lagi, “Bagaimana jika ia membaca Al-Qur’an?” Iblis pun menjawab, “Aku merasa meleleh bagai timah di atas api.” 


 5. Tubuh Iblis Terbelah Saat Seorang Hamba Bersedekah 

Rasulullah bertanya kepada iblis, “Jika ia bersedekah?” Iblis jawab, “Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji.”. Lalu kemudian Rasulullah bertanya mengapa. Iblis jawab, “kerana di dalam sedekah terdapat 4 keuntungan baginya. Yaitu keberkatan dalam hartanya, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka, segala macam musibah akan terhalau dari dirinya, dan hidupnya disukai” 


6. Pinggang Iblis Patah Semasa Seorang Hamba Berperang di Jalan Allah 

 Rasulullah bertanya, “Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?” Iblis menjawab, “Suara kuda perang di jalan Allah” 


7. Hati Iblis Terbakar Ketika Seorang Hamba Beristighfar Rasulullah bertanya, “Apa yang dapat membakar hatimu?” Iblis menjawab, “Istighfar di waktu siang dan malam.” 


8. Wajah Iblis Tercoreng Saat Seorang Hamba Bersedekah Diam-Diam 

Rasulullah bertanya, “Apa yang dapat mencoreng wajahmu?” Iblis menjawab, “Sedekah yang diam – diam.” 


9. Mata Iblis Tertusuk Saat Hamba Melakukan Solat Fajar 

Rasulullah bertanya, “Apa yang dapat menusuk matamu?” Iblis menjawab, “Solat fajar.” 


10. Kepala Iblis Terpukul Semasa Kaum Muslim Solat Berjemaah 

Rasulullah bertanya, “Apa yang dapat memukul kepalamu?” Iblis menjawab, “Solat berjemaah.” 


11. Iblis Terganggu dengan Adanya Ulama 

Rasulullah bertanya, “Apa yang paling mengganggumu?” Iblis menjawab, “Majlis para ulama.” Demikian lah amalan-amalan yang dapat menyiksa iblis. 


Apalagi, Jom belasah dia! Iblis akan katakan tak payah share! Tapi kalau mahu lawannya, tak susah kan?

Sunday, 7 October 2012

sWeetnYe sUami

Allahu Akbar. 
Indahnya puji memuji dalam berkeluarga ^_^ 
Jika keduanya Soleh dan Solehah. 

Suami : Awak, awak pernah dengar tak cerita seorang wanita yang sangat menakjubkan? 

Isteri : Cerita apa? Siapa? Ceritakanlah (Dalam hati cemburu). 

Suami : Pada zaman dulu ada seorang wanita yang bernama Ummu Laila, 
dia seorang yang amat taat pada suami.
 Dia sentiasa jaga suaminya dengan baik, 
Tiada pula ia meninggi suara, 
Apabila dia tersenyum pula menenangkan suaminya. 
Setiap kali mahu tidur, pasti dia minta maaf pada suaminya. Agar Allah redha akannya. 
Auratnya tertutup dengan sempurna, 
Ketika suaminya sedih, dialah pernawar duka. 
Apabila suaminya berjenaka, dialah pendengar setia. 
Apabila di rumah, dia akan berhias untuk suaminya, 
Apabila di keluar, dia pula memakai biasa supaya tiada yang melihatnya. 
Baginya Suaminya sahaja yang teristimewa. 

Isteri : Subhanallah, hebatnya. ( Dalam hati sedih kerana rasa diri tidak sempurna ) 

Suami : Hebatkan? ^_^ Mahu tahu satu perkara? Diri awak di pandangan abang, lebih hebat lagi diri Ummu tadi. ^_^ 

Isteri : Eh, Mana ade. ('^_^ Pipi Merah "blushing") 

 *Sebenarnya tidak wujud pun cerita Ummu Laila tu, Si Suami saja buat-buat cerita untuk hiburkan hati Isterinya. ^_^ 
*Itulah sunnah yang dibuat oleh Nabi saw kepada Isteri-isteri baginda. 
*Para suami, selamat mencuba mencuba. ^_^ 

Amaran keras : Pasang Suami Isteri sahaja ya. Cerita Ummu Laila itu rekaan sahaja. 

(Pengajaran yang ana dapat dan faham dari Kuliyyah maghrib di MATIN yang membincangkan tentang Hadis Ummu Zara') ^_^ 

Moga Allah memperelokkan akhlaq kita seperti mana hebatnya akhlaq Nabi saw dan para sahabat. 

Wallahu a'lam

by: mohd salahuddin

Friday, 5 October 2012

‎5 CARA MEMILIH SAHABAT DALAM HIDUP

Pertama: Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan... 

Kedua: Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya). 

Ketiga: Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya. 

Keempat: Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu. 

Kelima: Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu. 

By: Berkasih Sayang Kerana Allah

ANTARA MARUAH DAN GAMBAR PAKWE

Gambar muka sendiri diedit cantik dan dipamerkan. 
Ditambah lagi satu, gambar kekasih hati turut sama terpampang. 

Gambar ‘budak lelaki’ itu juga diedit cantik dan ditulis pelbagai kata cinta di atasnya. Di bawahnya pula, status ‘in a relationship’ tertera penuh bangga dengan lelaki yang bukan suaminya. 

Apakah mereka fikir, itu suatu bentuk kebanggaan? 

Wahai muslimah, sedarkah anda sedang menjatuhkan maruah diri anda sendiri. 

Wanita itu sifat malunya lebih tebal berbanding lelaki. Fitrah penuh hikmah yang diciptakan ALLAH. Islam datang mengangkat martabat mereka dengan pelbagai peraturan dalam syariat. Dan Islam terbukti sebagai sistem paling unggul dalam memuliakan wanita. Ada perintah berhijab, merendahkan suara, menjaga pergaulan dan tutur kata. Secara tersirat, elemen-elemen itulah yang menambahkan lagi harga dan maruah seorang wanita. Mereka menjadi mulia dan mereka dimuliakan.. 

Menjadi trend, di usia remaja wajib punya pasangan. Seawal tingkatan satu, sudah punya teman istimewa dan diisytihar merata-rata. Bahkan ada juga yang memanggil budak lelaki mereka sebagai ‘hubby‘ atau suami. Kemudian, putus di tengah jalan. Lalu ditulis pula status-status penuh kesedihan.Bila dapat teman lelaki baru, mulalah gambar2 baru di letak,terbuai lagi dengan maksiat~ 

ALASAN-ALASAN UNTUK CLASH CARA STUDENT

Student Kimia : Saya banyak terdedah dgn bahan kimia, saya takut tak dpt beri zuriat. Kita berpisah eh? " 

Student Fizik : "Saya belajar pasal fizik kuantum yg tak nampak, jadi saya tak nampak awak dlm diri saya. Kita clash" 

Student Matematik : "Saya dah buat kira-kira guna limit function, mmg sampai sini saja limit perhubungan kita" 

Student Biologi : Maaf, saya dah jatuh cinta dengan serangga dan tumbuh-tumbuhan. Bukan dgn awak lagi" 

Student Pergigian : "Saya tahu yg cinta awak palsu sepalsu gigi palsu! Nyenyenye." 

Student Perundangan : "Talk to the hand, see you in court!" 

Student Sains Politik : "Awak dah tahu saya ni Pro-Aspirasi, yang awak undi Pro-M pasal apa? Kita break!!" LOL 

Student Seni : "Gaya awak tak cukup abstrak untuk menambat hati saya. Maaf" 

Student Pengajian Islam : "saya solat istikharah malam tadi dan sorry, awak tak ada dalam petunjuk masa depan saya".

Apa Itu Nikah Gantung?

Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan. 

 Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya. 

Monday, 1 October 2012

Cara Menguatkan Nafsu BAIK....

Nafsu yang baik hendaklah kuat dan mantap untuk menghadapi ancaman nafsu jahat, 

Untuk menguatkan nafsu baik dalam diri manusia ada tiga cara iaitu: 

 1. Kawal kemarahan, dengan bersikap sederhana dalam segala per kara. 

Kemarahan yang melampau menyebabkan manusia hilang kawalan diri sehingga bertindak keterlaluan dan akhirnya akan membawa musibah dan kemudaratan kepada diri dan orang lain. 

 2. Kawal syahwat, setiap manusia ada keinginan syahwatnya. 

Apabila syahwat Berjaya dikawal akan terpeliharalah diri dari terjerumus kepada perbuatan dosa dan maksiat. 

 3. Mantapkan diri dengan ilmu pengetahuan, 

orang yang berilmu dapat mengekang unusr-unsur jahat dalam diri berbanding orang yang tidak berilmu kerana perbuatan dan perilakunya sering mengikut telunjuk hawa nafsu. 

Sekiranya ada ketiga-tiga perkara dalam diri manusia. Iaitu kemampuan untuk mengawal sifat amarah yang memudaratkan dan berupaya mengekang keinginan nafsu syahwat yang membinasakan, maka dapatlah manusia mengekang dan menewaskan unsur-unsur nafsu binatang yang ada pada dirinya. 


 Justeru, untuk memiliki kekuatan besar, strategi yang tepat dalam kehidupan, dan kerajaan yang ada dalam tubuh itu semakin jaya, kuncinya adalah dengan ilmu. Sebab, dengan ilmulah manusia terselamat dari segala fitnah dan rayuan syaitan yang menyesatkan. Dan dengan ilmu manusia mampu membangunkan kerajaan dengan jayanya, sebab dalam dirinya terdapat seorang raja yang arif dan bijaksana. Dengan keilmuannya yang tinggi sehingga tidak hanya mennggikan darjatnya di hadapan makhluk lain tetapi juga meningkatkan darjatnya di sisi Allah s.w.t.

Biler Suami Jadik Isteri

Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja,sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat danletihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.


Satu malam ~~~~


Mat berdoa,”Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja.Biar aku pula yang berehat di rumah” 


Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah. 


Pastu panaskan enjin kereta dan bergegas hantar anak-anak kesekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Komdian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti. 

Sunday, 30 September 2012

‎" CARILAH CALON SUAMI YAMG TAMPAN AKHLAKNYA "

Jangan mencari calon suami yang tampan wajahnya. 
Jangan mencari calon suami yang banyak hartanya. 
Jangan pula mencari calon suami yang selalu diperebutkan para wanita. 

 Akan tetapi carilah seorang calon suami 
yang benar-benar halus tutur katanya. 

Yang begitu mulia budi pekerti dan tampan akhlaknya. 
Yang bisa memuliakan kaum wanita. 
Yang benar-benar telah siap menjadi pemimpinmu. 
Yang dapat membimbingmu untuk semakin dekat kepada_Nya. 
Yang dapat menuntunmu ke jalan yang diredhai_Nya. 

Yang bisa mengingatkanmu
ketika engkau telah lalai dalam melaksanakan dan menjalankan kewajiban_Nya. 

Yang bisa menyadarkanmu 
ketika engkau telah berbuat khilaf. 

Yang bisa meluruskan 
kesalahanmu dengan penuh kelembutan. 

Yang bisa menegurmu 
ketika engkau telah berpaling pada tanggung jawab 
dan kewajibanmu sebagai seorang isteri 
yang wajib taat pada suami dan Rabb_Nya. 

Yang bisa memaafkanmu dengan penuh keikhlasan 
jika engkau telah telah menjadi seorang isteri yang kufur.

Ketika engkau salah bukannya dia marah. 
Ketika engkau khilaf bukannya dia memvonis. 
Ketika engkau kufur bukannya dia meninggalkanmu. 

Tapi sebaliknya, 

 Dia pantang menyerah 
untuk selalu membimbingmu, 
Menuntunmu, 
Mengajarimu, 

Untuk kembali ke jalan yang benar.

Friday, 28 September 2012

‎***KENALI WANITA***

a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan.
 b) Air - kedua, keenam, kesepuluh 
c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
 d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas 


 WANITA BERUNSUR TANAH 
1) Merendah diri,hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.
 2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah. 
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
 4) Tidak suka membantah atau membangkang 
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan. 


 WANITA BERUNSUR AIR 
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat. 
2) Mengambil berat 
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan
4) Menenangkan pasangan. 
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis 


Friday, 21 September 2012

100 SUNNAH RASULULLAH S.A.W

Dari Amru bin Auf : Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, “Barangsiapa menghidupkan sunnahku, kemudian (sunnahku tersebut) diamalkan oleh orang lain, maka baginya pahala semisal pahala orang yang mengamalkannya tanpa terkurangi sedikitpun dari pahala-pahala mereka. Barangsiapa berbuat bid’ah, kemudian perbuatannya tersebut diikuti oleh orang lain, maka baginya dosa dan dosa-dosa orang yang melakukannya tanpa terkurangi sedikitpun dari dosa-dosa mereka.” (0174) Sahih Ibnu Majah Dan sesiapa yang mengamalkan sunnah Nabi Muhammad S.A.W pada ZAMAN KEROSAKKAN UMAT (zaman kita) dia umpama mendapat 100 pahala Mati Syahid. 

1- Tidur Dalam Keadaan Berwuduk 
2- Baca surah Ikhlas, Al-Falak dan An-Nas Sebelum Tidur 
3- Takbir dan Tasbih Ketika Tidur
4- Berdoa ketika pada waktu malam 
5- Doa ketika Bangun Daripada Tidur 
6- Berkumur dan Menghisap Air Ke Dalam Hidung Dari Satu Cedukan Sebelah Tangan 
7- Berwuduk Sebelum Mandi َ 
8- Baca Doa Selepas Wuduk
9- Jimat Penggunaan Air 
10- Selepas Wuduk Sembahyang Dua Rakaat َ
11- Menjawab Seruan Azan 
12- Banyak Bersugi ُ
13- Ke Masjid Awal ُ
14- Pergi Ke Masjid Berjalan Kaki 
15- Hadir Sembahyang Dengan Tenang 
16- Doa Ketika Masuk Dan Keluar Masjid 
17- Sembahyang Berhadang 
18- Duduk Atas Dua Tumit Yang Didirikan Ketika Duduk Antara Dua Sujud
19- Duduk Atas Lantai Dengan Mendirikan Kaki Kanan Ketika Duduk Tahiyat
20- Banyakkan Berdoa Setelah Tahiyat Akhir Dan Sebelum Beri Salam
21- Melakukan Sembahyang Sunat Rawatib ْ
22- Sembahyang Dhuha
23-QiyamullaiL
24- Sembahyang Witir
25- Sembahyang Dengan Beralas Kaki
26- Sembahyang Di Masjid Quba’
27- Sembahyang Sunat Di Rumah
28- Sembahyang Istikharah
29- Duduk Di Tempat Sembahyang Selepas Sembahyang Subuh Hingga Terbit Matahari
30- Mandi Hari Jumaat
31- Hadir Awal Untuk Sembahyang Jumaat
32- Mencari Masa Mustajab Doa Hari Jumaat
33- Pergi Dan Balik Sembahyang Raya Dengan Jalan Berbeza
34- Sembahyang Jenazah
35- Ziarah Kubur-kubur ْ
36- Sahur
37- Segera Berbuka Puasa 
38- Menghidupkan Ramadhan
39- Iktikaf Pada Bulan Ramadhan
40- Puasa Sunat Enam Hari Dalam Bulan Syawal
41- Puasa Tiga Hari Setiap Bulan
42- Puasa Hari Arafah
43- Puasa Hari Asyura
44- Pilih Seorang Ketua
45- Takbir Ketika Melalui Tempat Tinggi Dan Tasbih Ketika Menuruni Tempat Rendah
46- Doa Ketika Singgah Sesuatu Tempat َ
47- Terlebih Dahulu Ke Masjid Apabila Balik Dari Musafir ِ
48- Doa Ketika Pakai Baju Baru
49- Mula Dengan Kaki Kanan Apabila Pakai Alas Kaki
50- Baca Bismillah Ketika Makan

Sesiapa yg ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka lakukanlah 10 perkara:

1. Hak kpd diri, iaitu dgn mengurangkan tidur, menurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada2 dgn rezeki yg ada. 

2. Hak kpd Malaikat maut, iaitu menqada’kan segala kewajipan yg tertinggal, iaitu dgn memohon maaf drp org yg dizalimi, membuat persiapan utk mati dan merasa cinta kpd Allah S.W.T. 

3. Hak kpd kubur, iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jgn suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi. 

4. Hak kpd Malaikat Mungkar dan Nakir, iaitu jgn berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat. 

5. Hak kpd Mizan, iaitu menahan kemarahan, banyakan berzikir, ikhlas dlm amalan dan sanggup menanggung kesulitan. 

6. Hak kpd titian sirat, iaitu buang tabiat suka menumpat, bantu orang beriman dan hidup dlm suasana berjemaah. 

7. Hak kpd Malaikat Malik, iaitu menangis lantaran takutkan Allah S.W.T. membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kpd ibu bapa dan memperbaiki akhlak. 

8. Hak kpd Malaikat Ridwan, penjaga syurga, iaitu redha kpd qada’ Allah S.W.T. , sabar menerima bala dan bertaubat. 

9. Hak kpd Rasulullah s.a.w., iaitu dgn sering berselawat kpd baginda, berpegang kpd sunahnya dan bersaing mencari kelebihan dlm beribadah. 

10. Hak kpd Allah, iaitu mengajak manusia kpd kebaikan, mencegah manusia drp melakukan kemungkaran, bencikan kpd sebarang maksiat dan tdk melakukan kejahatan. 

 “Hendaklah org2 yg mendengar ucapanku, menyampaikan pula kpd org lain. Semoga yg terakhir lbh memahami kata2ku drp mereka yg terus mendengar darku. Saksikanlah ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kpd hamba2-Mu” 

 by zuedean asclane-22 september 2012(0922)

JIKA AKU JATUH NANTI

Untuk Kalian Sahabat2 ku Yang Kusayangi.. 
Walau Kita Hanya Dipertemukan Melalui Dunia Maya ini. 
Tapi Sungguh Kalian Sangat Berarti. 
 Sahabat ku Inilah Permintaan ku... 

Jika Aku Jatuh Nanti, 
Bantulah Aku Untuk Bangun.
Ubati Luka ku
Dan Hapus Air Mata ku. 

Jika Aku Lemah,
 pimpinlah Langkah ku Dan Tersenyumlah Untuk ku. 

 Jika Aku Buta, 
Bimbing Langkah ku,
Terangi Mimpi ku Dan Ajaklah Aku Berkreasi. 

jika Aku Bersedih,
Tunjukan Kebahagian Pada ku. 
Ajarkan Aku Tersenyum Dan Tunjukan Ceriamu Pada ku...

 Tapi,Sahabat ku... 

Jika Aku Mati
Janganlah Bersedih Janganlah Kecewa Janganlah Terluka... 
Karena Aku Takkan Mampu Lagi Terbangun Untuk Menghapus Sedihmu... 

Sahabat ku,,, 
Aku Berjanji Tuk Tetap Hidup Dalam Hati Kalian,
Sampai Kalian Sendiri Yang Akan Menghapus Nama ku Dari Hati Kalian.... 

Sahabat ku, 
Maafkan Aku Jika Aku Sering Melukai Hati Kalian. 
Dengan Kata2 ku,Tindakan ku Dan Apapun itu... 

 Tapi Sungguh Aku Sangat Menyayangi Kalian. 
Untuk Sahabat2 ku Terimah Kasih Atas Nasehat2 Kalian Untuk ku.. 
Dan Untuk Sahabat2 ku Semua Yang Tak Bisa ku Ucapkan Namamu Satu Persatu.

Sungguh Aku Bahagia Mengenal Kalian. 
Semoga Allah Mempersatukan Kita Di Jalan ini. 
Jalan Da'wah,Jalan Islam Yang Kita Cintai Sampai Ajal Menjemput Kita.  Meski Jalan ini Penuh Duri, 
Meski Jalan ini Penuh Perih Yang Tak Terperih. 
Meski Jalan ini Kadang Terlampau Sulit Kita Lalui...
Tetapkan Izzah Dalam Diri... 
Kuatkan Ghirah Dalam Hati... 
Allah Kan Selalu Menemani... 

Salam Cintaku Buat Kalian... 
Cinta Karena Allah... 
Sahabat ku, Tersenyumlah........... ^_^`

Umpat Yang Di Haruskan.

Imam Nawawi dalam kitab Syarah Shahih Muslim dan Riyadhu As-Shalihin, menyatakan bahwa ghibah atau umpatan hanya diperbolehkan untuk tujuan syara' yaitu yang disebabkan oleh enam hal, yaitu:

 1. Orang yang teraniaya boleh menceritakan dan mengadukan kezaliman orang yang menzhaliminya kepada seorang penguasa atau hakim atau kepada orang yang berwenang memutuskan suatu perkara dalam rangka menuntut haknya. Hal ini dijelaskan dalam Al-Qur'an surat An-Nisa ayat 148: "Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (QS. An-Nisa' : 148). Ayat ini menjelaskan bahwa orang yang teraniaya boleh menceritakan keburukan perbuatan orang yang menzhaliminya kepada khalayak ramai. Bahkan jika ia menceritakannya kepada seseorang yang mempunyai kekuasaan, kekuatan, dan wewenang untuk menegakkan amar ma'ruf nahi munkar, seperti seorang pemimpin atau hakim, dengan tujuan mengharapkan bantuan atau keadilan, maka sudah jelas boleh hukumnya. Tetapi walaupun kita boleh mengghibah orang yang menzhalimi kita, pemberian maaf atau menyembunyikan suatu keburukan adalah lebih baik. Hal ini ditegaskan pada ayat berikutnya, yaitu Surat An-Nisa ayat 149: "Jika kamu menyatakan kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa." (QS. An-Nisa: 149) 

 2. Meminta bantuan untuk menyingkirkan kemungkaran dan agar orang yang berbuat maksiat kembali ke jalan yang benar. Pembolehan ini dalam rangka isti'anah (minta tolong) untuk mencegah kemungkaran dan mengembalikan orang yang bermaksiat ke jalan yang hak. Selain itu ini juga merupakan kewajiban manusia untuk ber-amar ma'ruf nahi munkar. Setiap muslim harus saling bahu membahu menegakkan kebenaran dan meluruskan jalan orang-orang yang menyimpang dari hukum-hukum Allah, hingga nyata garis perbedaan antara yang haq dan yang bathil. 

 3. Istifta' (meminta fatwa) akan sesuatu hal. Walaupun kita diperbolehkan menceritakan keburukan seseorang untuk meminta fatwa, untuk lebih berhati-hati, ada baiknya kita hanya menyebutkan keburukan orang lain sesuai yang ingin kita adukan, tidak lebih. 

‎10 sifat Lelaki yang Baik

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini. Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Monday, 13 August 2012

LIDAH

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم


(Disebabkan lidah kita yg salah laku di Ramadhan Al Mubarak ini, menyebabkan PUASA KITA HANYA DAPAT LAPAR DAN DAHAGA , hatta disebaliknya dpt dosa) - Banyakkan kerja drp bercakap, paling baik.

1. Lidah orang Mukmin berada di belakang hatinya, sedangkan hati orang munafik berada di belakang lidahnya.

2. Tidak lurus iman seorang hamba sehingga lurus hatinya, dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus ludahnya.

3. Demi Allah, tidaklah aku melihat seoranag hamba bertakwa dengan takwa yang membawa manfaat baginya sehingga dia menyimpan lidahnya.

4. Sesungguhnya lidah ini sentiasa tidak mematuhi pemiliknya.

Sunday, 12 August 2012

mLm lailatur qadAr

pandangan IMAM GHAZALI RAHIMALLAH~

JIKA MULA RAMADHAN JATUH PADA HRI (AHAD) @ (RABU), LAILATUL QADAR JATUH PD MLM KE-29,

JIKA PADA HARI (ISNIN),
LAILATUL QADAR PD MLM KE-21,

JIKA PD HR (SELASA) @ (JUMAAT),
LAILATUL QADAR BERLAKU PD MLM KE-27,

JIKA (KHAMIS)
PD MLM KE 25,

JIKA (SABTU)
PD MALAM KE 23

pada awal 1 ramadhan kita hari apa?? AHAD kan??
hhmm~~ bersiap sedia insyaallah~ anda di beripetunjuk dn rahmatNYA.. INSYAALLAH~~

WALLAHUA'LAM~

(^_^)

Hijrahlah Bersama Hati Bukan Niqab Cuma...

Sedih hati ini tatkala melihat seorang gadis berniqab meng-upload sekeping foto dengan aksi yang kurang 'cantik' untuk tatapan mata lelaki bukan mahram di Facebook, satu laman sosial yang cukup terkenal. Pedih kembali apabila mengingatkan diri ini yang hanya bisa menatap matanya yang galak dan bundar kerana wajahnya ditutupi itu juga tidak mempunyai jalinan 'friend' dengannya, apatah lagi yang lain. Terutamanya kaum Adam yang mungkin tidak semua menguatkan hati agar menundukkan pandangan daripada terus menatap mata cantik itu.

Namun diri ini tetap tidak bisa menghitung niatnya. Mungkin dia masih muda. Harus ditunjuk mana jalan yang mesti diambil. Harusnya kita yang melihat mesti menegur. Bukan silap dia terus begitu. Silap kita yang tidak berpesan. Hanya mudah dengan terus 'berbunyi' di belakang. Tolong, yang melihat jangan begitu cepat menghukum. Fahami mereka. Selami hati mereka. Dan tunjuki apa yang benar. Dengan penuh kasih terhadap saudara seakidah. Maka dengan itu, bingkisan ini kucoretkan khusus buatmu. Muslimahku sayang, dengarkan...

Tatkala mengambil kata putus untuk berniqab maka "Jangan Main-Main"

Sebetulnya, bukan untuk mereka yang berniqab sahaja. Bertudung labuh juga begitu. Berniqablah, ramai yang mahu menyokong dari belakang. Namun ingat, apabila kita memilih untuk memakai sebegini, orang-orang di sekeliling mempunyai high expectation terhadap kita. Apa yang betul dilakukan kelihatan biasa. Namun apabila sedikit yang silap, itu yang lebih besar terlihat. Kerana memang namanya manusia, ada yang hanya memandang sekelumit kesilapan dan keaiban berbanding memperbesar kelebihan dan kebaikan.

**9 MIMPI NABI MUHAMMAD S.A.W**


سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata,
Nabi Muhammad saw bersabda:
“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi
yang menakjubkan pada malam aku sebelum diIsraqkan……..”

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

Saturday, 11 August 2012

‎~ Larangan Menunjuk-nunjuk Kejahatan

Riwayat:
Bukhari dan Muslim

Hadith:
Daripada Abu Hurairah RA katanya, “Aku telah mendengar Rasulullah SAW katanya, “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Setiap umatku akan dimaafkan melainkan orang-orang yang menunjuk-nunjuk perbuatan dosa (supaya diketahui oleh orang lain). Sesungguhnya antara perbuatan menunjuk-nunjuk itu ialah seseorang melakukan suatu perbuatan diwaktu malam kemudian berpagi-pagi dia bercerita sedangkan Allah telah menutupinya”, tiba-tiba dia berkata, “Wahai fulan, semalam aku telah melakukan begini dan begini”. Orang itu semalam-malaman telah ditutupi celanya oleh Allah, tetapi pagi-pagi dia membuka tutupan Allah ke atas dirinya."

AMALAN PADA MALAM LAILATUL QADAR

Mulailah praktik pada jam 12.00 tengah malam..

1. shalat sunat wudhu' setelah mengambil wudhu'..

2. shalat sunat hajat dan berdoa kepada Allah supaya dipertemukan malam lailatulqadar..

3. Membaca Al-Qur'an..

4. Istighfar selama 30 menit atau 1000 kali..(Astagfirullah halazim waatubuilaih)..

5. Zikrullah..

- La ila ha illallah 1000X..
- Laila haillallah muhammadul Rasulallah 300X..
- Allahhuakbar 300X..


6. Bertasbih..

· Subhanallah..Walhamdulillah..wala ila ha illallah Allahhu akbar.. walahaula wala qhuwwatailla billahil 'aliyyil' Aziim 300X..

- Subhanallah wabihamdihi..Subhanallahilazim 300X..

- Subhanarab biyal a'ala wabihamdih 300X..

- Subhanarab biyal a'zimiwabihamdih 300X..

7. Selawat 100x atau 1000X (Allahhummasalli 'ala Muhammad)..

8. shalat sunat tahajud..

9. shalat sunat tasbih..

10. Hubungkan dengan zikrullah atau membaca quran sampai shalat subuh...


Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhir bulan Ramadhan..
Yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan..! Itulah malam Lailatul Qadar...

Pada 10 malam tersebut.. demi berebut untuk mendapatkannya.. Rasulullah Saw mengasingkan dirinya dari isteri-isterinya..
Beriktikaf di dalam Masjid Nabawi..beribadah dan bermunajat kepada Allah Swt sambil diikuti oleh para Sahabat sahabat radiallahu'an...

Semoga Allah menkaruniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini...

Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah..keampunan dan selamat dari api neraka...Amiin...

“Siapa yang tidak peduli urusan umat Islam..dia bukan dari kalangan mereka” (Hadist)

Larangan Mencungkil Rahsia

Abu Hurairah melaporkan, “Rasulullah pernah bersabda, ‘Jauhilah diri saudara2 daripada berburuk sangka kerana buruk sangka adalah berita bohong yg paling teruk. Saudara2 jgn mencuri dengar perihal org lain, jgn mengorek rahsia org, jgn berlumba2 mendptkan habuan dunia, jgn saling dengki mendengki, jgn saling membenci dan jgn saling membelakangkan ataupun tidak menghiraukan antara satu sama lain.

Saudara2 jadilah hamba2 Allah yg bersaudara antara satu sama lain seperti yg Allah perintahkan. Org Islam adalah saudara kpd org Islam yg lain. Dia tidak boleh membuat zalim kpdnya, tidak boleh membiarnya apabila dia memerlukan pertolongan dan tidak boleh menghinanya. Takwa letaknya di sini. Takwa letaknya disini (Nabi Muhammad saw pun menunjuk dadanya).

ciNta

Cinta yang nikmat, lezat ada pada keadaan sesudah akad..
Cinta yang menyiksa dan membuat dahaga Muncul disaat sebelum waktunya

cinta itu indah disaat sudah disahkan walinya
cinta itu menyedihkan disaat terhalang dinding keabsahannya

cinta yang membuat pahala disaat cinta setelah menyerahkan maharnya
cinta yang membuat kalut disaat terhalang tabir syari'at

cinta yang membuat kesengsem disaat memandang pasca shalat sunnah bersamanya
Cinta yang membuat mingkem disaat cinta tercetus sebelum datang masanya..

Cinta yang penuh warna dan pelangi disaat telah resmi menjadi suami istri
Cinta yang sengsara disaat cinta tumbuh tidak pada tempatnya

Cinta yang membuat bahagia disaat mencintai lalu datang kewalinya melamar lalu diterimanya
Cinta yang membuat gregetan adalah disaat mencintainya lalu bertanya pada walinya, eeeh di tolaknya karena sudah ada calonnya...hahahahaha...

Keberkatan hidup berjemaah

Hidup kita di dunia ini tidak boleh berseorangan kita perlu kepada berjemaah. Hidup berjemaah akan membawa keberkatan sedangkan hidup tanpa jemaah akan membawa kepada kehancuran.

Daripada Huzaifah r.a berkata : “Orang-orang Islam yang lain bertanya Rasulullah s.a.w tentang kebaikan dan saya bertanya Rasulullah tentang kejahatan, kerana saya bimbang (takut) saya terjatuh kedalam kejahatan, lalu saya berkata kepada Rasulullah s.a.w, :“Ya Rasulullah , kami sesungguhnya berada di dalam keadaan jahiliah dan kejahatan, tetapi Allah hantarkan kebaikan, apakah ada selepas kebaikan ini kejahatan?”

Rasulullah s.a.w menjawab : “Ya ada”

Kemudian saya bertanya lagi, “Apakah selepas kejahatan ini ada kebaikan?”

Rasulullah s.a.w menjawab “Ya ada, tetapi di dalamnya ada dakhan”

Kemudian saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w “Apakah dakhan itu?”

Puasa Kini & Dulu

Zaman kini...
Berpuasa kerana sedapnya makan berbuka...
Zaman dahulu...
Cuma kurma dan air pembukanya selera...

Zaman kini...
Solat Taraweh meriah dan masjid penuh...
Zaman dahulu...
Setiap waktu penuh masjid hingga iktikaf Subuh...

Zaman kini...
Al-Quran khatam berlumba-lumba...
Zaman dahulu...
Khatam setiap masa bacaan Al-Qurannya...

Zaman kini...
Tidak sabar menantikan takbir 'Aidilfitri...
Zaman dahulu...
Sangat hiba ketika Ramadhan berangkat pergi...

Zaman kini...
Berpuasa kerana menahan lapar sahaja...
Zaman dahulu...
Berpuasa sehingga hati pun segar ingatNya...

Zaman kini...
Maksiat tidak kira bulan Ramadhan...
Zaman dahulu...
Bertempiaran sembunyi pemaksiat ditahan...

Zaman kini...
Sadaqah cuma dari sumber zakat Fitrah...
Zaman dahulu...
Sadaqah untuk setiap faqir jadi lumrah...

1 of Miracles of Quran

وَرَبَّكَ فَكَبِّر
(wa rabbaka fakabbir)
“and declare the greatness only of your Lord”

The content of this ayat is beatiful
BUT what is more interesting is the word "وَرَبَّكَ فَكَبِّر" is "palindrome"

Palindrome is a word, phrase, number, or other sequence of units that may be read the same way in either direction, with general allowances for adjustments to punctuation and word dividers.

in other words, its spell forward and backward the same way

so the Quran is declaring the greatness of Allah in a way in ITS SPELLING form.

okay, if u want to generates palindrome in english like "bob, DAD etc" 1 small word maybe easy, if a bigger word is little harder, BUT A SENTENCE? it would take u some times to sit down and discuss and come up with a sentence that is palindrome.

EVEN if u do that, your concern is not about the content, your concern is on the spelling.

here in this word "وَرَبَّكَ فَكَبِّر" the content is not been altered and its flows with the passage and YET the spelling structure is a "PALINDROME"

Allahu Akbar.

Thursday, 26 July 2012

RAHSIA AMALAN WANITA SOLEHAH..

1. Mendirikan solat


Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan keatasnya solat fardu lima waktu sehari semalam. Solat fardu dengan rajin dan lakukannya solat sunat bagi menampung kekurangan yang terdapat pada solat wajib itu tadi.


2. Menjaga solatnya


Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu. Selain khusyuk,menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti diawal waktu dan tidak berlengah- lengah.


3. Bersyukur dan redha

Apakah Maksud AMIN Itu Ustaz,

MUNGKIN dikalangan kita masih tidak tahu,


MUNGKIN Tahu dan sudah LUPA,


Selepas BACA DOA kita Sebut


AMIN Tapi Tidak Tahu Maksud,


Marilah KITA Mempelajarinya Bersama-sama.. :-)


MAKSUD AMIN ialah PERKENANKANLAH Ya ALLAH atau TERIMALAH Ya ALLAH atau LAKUKANLAH Ya ALLAH atau JADIKANLAH Ya ALLAH.

CINTA HAKIKI

Cinta dara dan teruna
Sehidup semati kata mereka


Tapi bila yang dicintai meninggal dunia
Adakah ia mahu berkubur sama


Cinta hanya dimulut saja
Mulut boleh berkata apa jua


Bertanam tebu dibibir
Tapi hati pahit getir


Berjanji itu dan ini
Dapatkah semua dipenuhi


Itulah cinta pura pura
Bukan cinta hakikatnya


Bila yang dicinta didapati
Cinta pun pudar dari hari ke hari


Cinta nafsu lekas jemu dan kurang
Habis manis sepah dibuang


Belajarlah cinta dengan orang sufi
Cinta sejati dan hakiki


Cinta yang pasti dibalas
Pasti tidak terlepas


Itulah cinta dengan tuhan
Cinta yang pasti dapat balasan


Kalau hamba menujunya berjalan
Ia menuju hamba berlarian


Kalau hamba datang sejengkal kepadanya
Nescaya ia datang kepada hamba sedepa


Kalau hamba menyerunya sekali
Ia akan menyeru hamba seribu kali


Asyik dan masyuk disana bersamaan
Satu dan berpelukan dalam perasaan


Kemana saja hamba ada
Ia ada bersama sama


Ia menjawab bila ditanya
Tidak mungkir tidak dusta


Itulah yang dicintai
Berada dalam khayalan sendiri


Terasa perasaan bersatu
Dengan kecintaan yang satu


Disini terletak kegembiraan
Disini terletak kebahagiaan


Bahagia raya sampai bila bila
Di alam dunia hingga akhirat sana


Itulah cinta yang sejati
Cinta dengan tuhan yang abadi


Kalau hendak bercinta
Dahulukan Allah dari segala


Dahulukan Allah dan rasulnya
Barulah yang lain ikut sama


Kalau yang lain didahulukan
Pasti ada kerugian


Cinta tuhan cinta abadi
Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas mentari


PANDANGAN JIWA KESUFIAN

ahlan wasahlan wa MARHABAN YAA RAMADHAN

. ... ★
..'''' 人
' (___)
. ┃口┃
. ┃口┃
..┃口┃       ★
. ┃口┃     ''''人
. ┃口┃   '''''(_____)     .人    
. ┃口┃  '''(__________)   '(____)   人
. ┃口┃____╭━━━━━╮_____'|_口|______三
. ┃╭╮╭╮╭╮╭╮╭╮╭╮╭╮ |三||╭╮╭╮ ||
. ┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃ |三||┃┃┃┃ ||
. ┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃ |三||┃┃┃┃ ||
. ┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃ |三||┃┃┃┃ ||
━━━(ahlan wasahlan wa MARHABAN YAA RAMADHAN )━

Tawaran masuk ke Universiti
Tarikh: 3 hari lagi dari sekarang
Nama universiti: University of Ramadhan
Course wajib: Puasa sebulan
Course special: Tarawih
Konvo: Maghrib 1 Syawal

CARA ELAKKAN VIRUS PADA BULAN PUASA.

'Enter' the masjid

‘Forward’ your solat
‘Download’ pahala
‘Firewall’ your iman
‘Backspace’ from syaitan

‘Bookmark’ to Allah SWT
’Delete’ Allah’s enemies,
‘Copy paste’ from the Al-Qur’an and Sunnah
‘Help’ your muslim brothers n sisters
‘File’ your amal
‘Edit’ your akhlaq

‘View’ your good and bad deeds
‘Search’ the straight and right path

And Insya-Allah you will never get 'virus'.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Salam Ramadhan.

Semoga PUASA kali ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya. Amin.

Saturday, 21 July 2012

cHarge ..^_^

══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║██░░░░░░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║██░░░░░Battery Low ░░░░░─║║║
║║██░░░░░░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

▂ ▄ ▅ ▇ █ Charge Iman Anda █ ▇ ▆ ▄ ▂

أستغفر الله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║████░░░░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║████░░░Battery Low ░░░░░─║║║
║║████░░░░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

سبحان الله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║███████░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║███████Battery Low ░░░░░─║║║
║║███████░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

لا إله إلا الله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║█████████░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║█████████tery Low ░░░░░─║║║
║║█████████░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

الله أكبر

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║███████████░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║███████████y Low ░░░░░─║║║
║║███████████░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

لا حول و لا قوة إلا بالله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║██████████████░░░░░░╚╗╚╗
║║██████████████ ░░░░░░─║║║
║║██████████████░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

الحمد لله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║█████████████████░░░╚╗╚╗
║║█████████████████░░░─║║║
║║█████████████████░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

اللهم صل على سيدنا محمد

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║████████████████████╚╗╚╗
║║███████ Battery Full ██████─║║║
║║████████████████████╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

Ahamdulillah, sedar xsedar anda telah berzikir & berselawat..
"ber BloG sambil beribadah" ^_^

Thursday, 19 July 2012

♥ Muslimah, Permata Terindah di Dunia ♥

Bismillahirrahmanirrahiim..


... Assallamu’alaikum Warahmatullah Wabarakatuh


Sahabat saudaraku fillah.
DigoReskan ditengah hujan yang mengguyur dengan derasnya di Bumi ALLAH tercinta, dipersembahkan untuk semua Perhiasan terindah di dunia...


Saudariku.....
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik
Tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasai taman-taman indah
Lantas menjadi perhatian sang kumbang.
Kau umpama sekuntum bunga Harum aromamu bisa menarik perhatian
sang kumbang untuk mendekatimu

Monday, 16 July 2012

Lirik lagu I'm Coming Home menyeru kedatangan Dajjal!

Lirik lagu I'm Coming Home menyeru kedatangan Dajjal!


( be alert Muslim guys ! mereka semakin bijak menyusun strategi bagi menghancurkan Islam )
(PANAS) Lirik lagu I'm Coming Home menyeru kedatangan Dajjal!
Assalamualaikum!


Sebelum ini lagu It will Rain nyanyian Bruno Mars pernah mencetus kontroversi gara-gara sebaris lirik lagu tersebut. Aku rasa korang sendiri pernah dengar lagu tersebut. Kali ini pulak giliran lagu I'm Coming Home nyanyian Skylar Grey yang dikatakan lirik lagunya seakan-akan menyeru kedatangan Dajjal. Mari kita perhati...kan bait-bait lirik tersebut.

Wahai Wanita Solehah..

Lembutmu tidak bererti..
Engkau mudah dijual beli..
Engkau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti..
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan..
Tapi engkau sayap kiri pada suami yang sejati..


Di sebalik bersih wajahmu..
Di sebalik tabir dirimu..
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri..
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi..
Berpegang pada janji mengabdikan diri..


Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana..
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama..
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya..
Melainkan engkau sendiri yang pergi menyerah diri..


Ketegasan katamu umpama benteng negara dan agama..
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya..
Wahai Wanita Solehah..
Engkau bunga terpelihara..
Mahligai syurga itulah tempatnya..

~~ DOA UNTUK ORANG TUA ~~

YA ALLAHU YA MUHAIMIN..


Rendahkanlah suaraku bagi mereka ...
Perindahlah ucapanku di depan mereka ...
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan ...
Lembutkanlah hatiku untuk mereka ...


Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya ....
Atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar ...
Atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku ...
Peliharalah mereka ...
Sebagaimana mereka memeliharaku....

koPi aNd paSta

get this widget here