weLcome


Tuesday, 3 April 2012

Petua Untuk Melupakan Bekas Kekasih Anda

Bukan senang hendak melupakan kekasih lama yang amat disayangi, tetapi sampai bila anda hendak kenangkan orang yang sudah pergi meninggalkan anda tanpa menoleh walaupun seketika. Memang senang nak cakap, nak buat memang payah sekali. Berikut adalah beberapa tuntunan yang perlu dilakukan apabila hati anda masih tidak aman:

Menghapus Kenangan Bersama Si Dia - Setiap perkara yang dilakukan akan membuatkan anda mengingatinya kembali. Singkirkan dia daripada lamunan dirimu dan simpan foto-foto anda berdua mahupun hadiah-hadiah pemberiannya di satu tempat yang lebih jauh dari jangkauan dan pandangan mata. Jangan lupa padamkan nombor telefon bimbitnya daripada genggam anda. Ini termasuklah juga khidmat pesanan ringkas (SMS) dan pesanan suara darinya.

Jangan Menyeksa Diri - Bila ada benda-benda atau sesuatu yang tidak dapat disingkirkan dari ingatan, mahu tidak mahu akan membuat anda teringat kembali kepadanya. Misalnya, lagu kenangan anda berdua disiarkan kembali dicorong radio, jangan sampai membuat anda tergilakannya kembali dan berasa sedih meratapi nasib yang menimpa. Ia kerana, hal itu tidak kena pada tempatnya.

Si Dia Punyai Pengganti - Apabila mengetahui si dia sudah mempunyai pengganti, sememangnya wajar untuk anda melahirkan perasaan cemburu. Perlu disedari, anda terpaksa merasakan bahagia yang dicari telah lepas dari genggaman si dia dan sudah tiba masanya untuk anda melakukan perkara yang sama.

Berhenti Membandingkan - Sikap anda yang suka membanding dengan teman lain sepatutnya disingkirkan. Jangan sesekali membandingkan sikap, perangai atau tingkah laku teman baru dengan bekas kekasih anda. Hal ini terjadi apabila anda belum bersedia untuk menjalinkan hubungan bersama, anda pasti akan menggunakan pelbagai macam alasan.

Kehidupan Berbeza - Kebiasaannya, anda akan menghabiskan cuti hujung minggu bersama, tetapi kini anda terpaksa keseorangan. Bagaimana anda dapat menjalani hari tersebut tanpa seseorang di sisi? Sebenarnya perasaan cemas tersebut akan hilang dengan sendirinya. Anda harus menyedari bahawa sememangnya sudah ditakdirkan anda hidup bersendirian dan harus menikmati hujung minggu dengan sebaik-baiknya.

0 comments:

Post a Comment

koPi aNd paSta

get this widget here