weLcome


Saturday, 14 April 2012

waHai IstEri


Wahai ISTERI pula…renungkanlah

^Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
^Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad s.a.w.
^Tidaklah setaqwa Ibrahim
^Tidak setabah Ayyub
^Tidak segagah Musa
^Apalagi setampan Yusuf

Justeru

^Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh…
^Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
^Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
^Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya
^Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya
^Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
^Sekita suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya
^Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya…

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa untuk belajar meniti sabar dan redha ALLAH s.w.t. kerana memilik suami yang tak segagah mana..

Justeru

^Kamu akan tersentak dari alpa
^Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
^Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
^Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH
Amin…

0 comments:

Post a Comment

koPi aNd paSta

get this widget here