weLcome


Saturday, 14 April 2012

waHai SuamI

Wahai SUAMI…. renungkanlah

*Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia
*Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
*Tidaklah setaqwa Aisyah
*Tidaklah setabah Fatimah

Justeru,

*Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah..
*Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama
*Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
*Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya
*Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
*Isteri adalah murid, kamu mursyidnya
*Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya
*Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
*Ketika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
*Seandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya…

Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita, perlunya iman dan taqwa untuk belajar meniti sabar dan redha ALLAH s.w.t kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana.

Justeru

*Kamu akan tersentak dari alpa
*Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w
*Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah

Cuma
*Suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH.Amin...

0 comments:

Post a Comment

koPi aNd paSta

get this widget here