weLcome


Saturday, 19 May 2012

soLat TahaJud

Sembahyang Tahajud sesungguhnya satu daripada sembahyang sunat yang mempunyai nilai dan kedudukan tinggi berbanding sembahyang sunat lain. Sembahyang Tahajud adalah amalan orang soleh yang sentiasa mahu mendekatkan diri kepada Allah. Amalan sembahyang Tahajud bukan hanya diamalkan umat Nabi Muhammad malah umat nabi sebelumnya. Ini bererti perintah Tahajud bukan dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad sahaja. Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya: “Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.

Kurniaan di dunia ialah

*Jauh daripada segala penyakit
*Lahir kesan takwa pada wajahnya
*Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia
*Percakapannya mengandungi hikmat
*Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).
*Sementara empat perkara di akhirat ialah:

Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
*Dipermudahkan hisab
*Cepat melalui Sirat al-Mustaqim – seperti kilat
*Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.


p/s : Jom ramai2 MenghidUpkan Malam Hari.. ^_^

0 comments:

Post a Comment

koPi aNd paSta

get this widget here