weLcome


Thursday, 26 July 2012

Apakah Maksud AMIN Itu Ustaz,

MUNGKIN dikalangan kita masih tidak tahu,


MUNGKIN Tahu dan sudah LUPA,


Selepas BACA DOA kita Sebut


AMIN Tapi Tidak Tahu Maksud,


Marilah KITA Mempelajarinya Bersama-sama.. :-)


MAKSUD AMIN ialah PERKENANKANLAH Ya ALLAH atau TERIMALAH Ya ALLAH atau LAKUKANLAH Ya ALLAH atau JADIKANLAH Ya ALLAH.



UCAPAN Amin adalah antara pintu keampunan ALLAH s.w.t ke atas hamba-hamba-Nya. Pengampunan ALLAH itu berhasil apabila ucapan Amin itu berhasil apabila ucapan Amin para makmun dalam solat setelah imam selesai membaca Al-Fatihah, bersamaan (serentak) dengan Amin para MALAIKAT. (Riwayat Imam Malik, Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasaie dan Ibnu Majah)


Ucapan Amin tidak sepatutnya berlaku dalam ritual solat sahaja, sebaliknya hendaklah dikembangkan dalam seluruh aktiviti kehidupan kita, contohnya apabila seorang guru berkata: Semoga Allah mengurniakan keberkatan ilmu kepada kita, maka murid-murid pun berkata, Amin... Nabi s.a.w sendiri menganjurkan dan mendorong kita untuk memperbanyakan ucapan Amin dalam kehidupan.


Sabda Nabi s.a.w:
Perbanyakkanlah oleh kamu mengucapkan perkataan AMIN.
(riwayat Ibnu Majah)


kopi n pasta :(Khaiza Zain)

2 comments:

  1. thanks dgn info nie... saya ambil sedikit ilmu dari post ini untuk entry blog saya...

    ReplyDelete

koPi aNd paSta

get this widget here