weLcome


Monday, 16 July 2012

Wahai Wanita Solehah..

Lembutmu tidak bererti..
Engkau mudah dijual beli..
Engkau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti..
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan..
Tapi engkau sayap kiri pada suami yang sejati..


Di sebalik bersih wajahmu..
Di sebalik tabir dirimu..
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri..
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi..
Berpegang pada janji mengabdikan diri..


Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana..
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama..
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya..
Melainkan engkau sendiri yang pergi menyerah diri..


Ketegasan katamu umpama benteng negara dan agama..
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya..
Wahai Wanita Solehah..
Engkau bunga terpelihara..
Mahligai syurga itulah tempatnya..

0 comments:

Post a Comment

koPi aNd paSta

get this widget here