weLcome


Saturday, 11 August 2012

Larangan Mencungkil Rahsia

Abu Hurairah melaporkan, “Rasulullah pernah bersabda, ‘Jauhilah diri saudara2 daripada berburuk sangka kerana buruk sangka adalah berita bohong yg paling teruk. Saudara2 jgn mencuri dengar perihal org lain, jgn mengorek rahsia org, jgn berlumba2 mendptkan habuan dunia, jgn saling dengki mendengki, jgn saling membenci dan jgn saling membelakangkan ataupun tidak menghiraukan antara satu sama lain.

Saudara2 jadilah hamba2 Allah yg bersaudara antara satu sama lain seperti yg Allah perintahkan. Org Islam adalah saudara kpd org Islam yg lain. Dia tidak boleh membuat zalim kpdnya, tidak boleh membiarnya apabila dia memerlukan pertolongan dan tidak boleh menghinanya. Takwa letaknya di sini. Takwa letaknya disini (Nabi Muhammad saw pun menunjuk dadanya).



Beliau berkata lagi, ‘Individu dikira jahat atau buruk akhlaknya apabila dia menghina saudara seagamanya. Nyawa, maruah dan harta setiap org Islam adalah haram dizalimi oleh org Islam lain. Allah tidak melihat fizikal dan rupa paras saudara2, sebaliknya Allah melihat hati dan amalan saudara.’

Dlm laporan lain, Nabi Muhammad bersabda, “Saudara2 jgn saling dengki-mendengki, jgn saling membenci, jgn mengorek rahsia org, jgn mencuri dengar perihal og lain dan jgn menawarkan harga tinggi kpd penjual bagi memerangkap pembeli lain. Saudara2 jadilah hamba2 Allah yg bersaudara antara satu sama lain.”

Dlm satu lagi laporan, “Saudara2 jgn saling memutuskan hubungan, jgn saling tidak menghiraukan, jgn saling benci-membenci dan jgn saling dengki-mendengki. Saudara2 jadilah hamba2 Allah yg bersaudara antara satu sma lain.”

Dlm laporan lain, “Saudara2 jgn saling memulaukan antara satu sama lain dan jgn menjual benda kpd org yg sedang dlm proses membeli barang yg sama daripada org lain.” - (Bukhari dan Muslim)

0 comments:

Post a Comment

koPi aNd paSta

get this widget here