weLcome


Saturday, 11 August 2012

Puasa Kini & Dulu

Zaman kini...
Berpuasa kerana sedapnya makan berbuka...
Zaman dahulu...
Cuma kurma dan air pembukanya selera...

Zaman kini...
Solat Taraweh meriah dan masjid penuh...
Zaman dahulu...
Setiap waktu penuh masjid hingga iktikaf Subuh...

Zaman kini...
Al-Quran khatam berlumba-lumba...
Zaman dahulu...
Khatam setiap masa bacaan Al-Qurannya...

Zaman kini...
Tidak sabar menantikan takbir 'Aidilfitri...
Zaman dahulu...
Sangat hiba ketika Ramadhan berangkat pergi...

Zaman kini...
Berpuasa kerana menahan lapar sahaja...
Zaman dahulu...
Berpuasa sehingga hati pun segar ingatNya...

Zaman kini...
Maksiat tidak kira bulan Ramadhan...
Zaman dahulu...
Bertempiaran sembunyi pemaksiat ditahan...

Zaman kini...
Sadaqah cuma dari sumber zakat Fitrah...
Zaman dahulu...
Sadaqah untuk setiap faqir jadi lumrah...

0 comments:

Post a Comment

koPi aNd paSta

get this widget here