weLcome


Thursday, 25 October 2012

keCik aTi??

✿~ Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. 
Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati ~✿ 

 ~> I’m so confused <~ (=.=)' Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa ?? 

Then I asked my dad what’s that mean. 

 Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia. 


Anak: Uiikk... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun? 


Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah. 


Anak: *blur (>,<)' 


Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. 


Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah. 


Anak: Ooooooo... Ook...(n_n)' 


Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap. 


Anak: *termakan cili . hee (",)' ♥~ 



So, the conclusion is...Jangan mudah terasa hati... ♥~ Maknanya kita tak redha dengan Allah... ♥~ Nanti Allah pun tak redha dengan kita...Na’uzubillah...


 ~♥> "Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu...Seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah astaghfirullah al-azim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah S.W.T telah menutup aib dan kelemahan kamu." Astaghfirullah al-azim...

Tuesday, 16 October 2012

‎~Bercinta sampai ke SYURGA~

Lelaki : Assalamualaikum bidadariku~setiap hari selepas baca alQuran,sayang mesti bagi laporan berapa juz da habis.. Kenapa semalam tak bagi mesej laporan? 

 Wanita : Walaikumsalam... Orang merajuk..

 Lelaki : Laa... Kenapa ni?? 

 Wanita : Semalam abang ponteng tahajjud!! Sayang call kejut abang tak jawab.. 

 Lelaki : Astagfirullahal'azim.. Abang penat + malas semalam... 

 Wanita : Tapi dulu abang da janji nak masuk syurga sama2.. 

 Lelaki : hmm.. Betullah tu.. Abang mintak maaf.. 

 Wanita : Kalau abang ponteng amal, sayang akan lebih amal.. Bila sayang lebih amal, sayang takut syurga sayang lagi tinggi, abang duduk syurga rendah.. Macam mana kita nak jumpa? Sayang tak mahu berpisah dengan abang.. Abang yang janji nak bercinta sampai ke syurga kan? 

 Lelaki : (mengalir air mata).. Semoga ALLAH ampunkan abang... Malam ni abg tak malas2 lagi.. ^__^ 


 Via : Shujaie Kamal

Tuesday, 9 October 2012

Jom Siksa Iblis!

Suatu ketika Rasulullah SAW bertemu dengan iblis. 
Kemudian Baginda mengajukan beberapa pertanyaan tentang perkara-perkara apa saja yang dapat membuat makhluk yang dilaknat itu tersiksa. 
Berikut di bawah amalan-amalan yang dapat membuat iblis tersiksa tersebut : 

 1. Iblis Panas Dingin dan Gementar Semasa Seorang Hamba Melakukan Solat 

 Nabi Muhammad SAW bertanya, “Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang daripada umatku yang hendak solat?” Iblis menjawab, “ Panas Dingin dan Gementar”. Kemudian Baginda Rasulullah menanyakan mengapa. Iblis pun menjawab, “kerana setiap seorang hamba Bersujud Sekali kepada Allah, maka Allah Mengangkatnya Satu Darjat.” 


2. Tubuh Iblis Terikat Tubuhnya Saat Seorang Hamba Melakukan Puasa 

 Baginda Rasulullah bertanya lagi, “Jika seorang umatku berpuasa?” Iblis pun menjawab, “Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka.” 


3. Iblis Seperti Orang Gila Saat Seorang Hamba Menunaikan Ibadah Haji 

 Kemudian Rasulullah bertanya lagi, “Jika seorang umatku menunaikan haji?” Iblis menjawab, “Aku seperti orang gila.” 


 4. Iblis Merasa Meleleh Saat Seorang Hamba 

Membaca Al-Qur’an Rasulullah bertanya lagi, “Bagaimana jika ia membaca Al-Qur’an?” Iblis pun menjawab, “Aku merasa meleleh bagai timah di atas api.” 


 5. Tubuh Iblis Terbelah Saat Seorang Hamba Bersedekah 

Rasulullah bertanya kepada iblis, “Jika ia bersedekah?” Iblis jawab, “Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji.”. Lalu kemudian Rasulullah bertanya mengapa. Iblis jawab, “kerana di dalam sedekah terdapat 4 keuntungan baginya. Yaitu keberkatan dalam hartanya, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka, segala macam musibah akan terhalau dari dirinya, dan hidupnya disukai” 


6. Pinggang Iblis Patah Semasa Seorang Hamba Berperang di Jalan Allah 

 Rasulullah bertanya, “Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?” Iblis menjawab, “Suara kuda perang di jalan Allah” 


7. Hati Iblis Terbakar Ketika Seorang Hamba Beristighfar Rasulullah bertanya, “Apa yang dapat membakar hatimu?” Iblis menjawab, “Istighfar di waktu siang dan malam.” 


8. Wajah Iblis Tercoreng Saat Seorang Hamba Bersedekah Diam-Diam 

Rasulullah bertanya, “Apa yang dapat mencoreng wajahmu?” Iblis menjawab, “Sedekah yang diam – diam.” 


9. Mata Iblis Tertusuk Saat Hamba Melakukan Solat Fajar 

Rasulullah bertanya, “Apa yang dapat menusuk matamu?” Iblis menjawab, “Solat fajar.” 


10. Kepala Iblis Terpukul Semasa Kaum Muslim Solat Berjemaah 

Rasulullah bertanya, “Apa yang dapat memukul kepalamu?” Iblis menjawab, “Solat berjemaah.” 


11. Iblis Terganggu dengan Adanya Ulama 

Rasulullah bertanya, “Apa yang paling mengganggumu?” Iblis menjawab, “Majlis para ulama.” Demikian lah amalan-amalan yang dapat menyiksa iblis. 


Apalagi, Jom belasah dia! Iblis akan katakan tak payah share! Tapi kalau mahu lawannya, tak susah kan?

Sunday, 7 October 2012

sWeetnYe sUami

Allahu Akbar. 
Indahnya puji memuji dalam berkeluarga ^_^ 
Jika keduanya Soleh dan Solehah. 

Suami : Awak, awak pernah dengar tak cerita seorang wanita yang sangat menakjubkan? 

Isteri : Cerita apa? Siapa? Ceritakanlah (Dalam hati cemburu). 

Suami : Pada zaman dulu ada seorang wanita yang bernama Ummu Laila, 
dia seorang yang amat taat pada suami.
 Dia sentiasa jaga suaminya dengan baik, 
Tiada pula ia meninggi suara, 
Apabila dia tersenyum pula menenangkan suaminya. 
Setiap kali mahu tidur, pasti dia minta maaf pada suaminya. Agar Allah redha akannya. 
Auratnya tertutup dengan sempurna, 
Ketika suaminya sedih, dialah pernawar duka. 
Apabila suaminya berjenaka, dialah pendengar setia. 
Apabila di rumah, dia akan berhias untuk suaminya, 
Apabila di keluar, dia pula memakai biasa supaya tiada yang melihatnya. 
Baginya Suaminya sahaja yang teristimewa. 

Isteri : Subhanallah, hebatnya. ( Dalam hati sedih kerana rasa diri tidak sempurna ) 

Suami : Hebatkan? ^_^ Mahu tahu satu perkara? Diri awak di pandangan abang, lebih hebat lagi diri Ummu tadi. ^_^ 

Isteri : Eh, Mana ade. ('^_^ Pipi Merah "blushing") 

 *Sebenarnya tidak wujud pun cerita Ummu Laila tu, Si Suami saja buat-buat cerita untuk hiburkan hati Isterinya. ^_^ 
*Itulah sunnah yang dibuat oleh Nabi saw kepada Isteri-isteri baginda. 
*Para suami, selamat mencuba mencuba. ^_^ 

Amaran keras : Pasang Suami Isteri sahaja ya. Cerita Ummu Laila itu rekaan sahaja. 

(Pengajaran yang ana dapat dan faham dari Kuliyyah maghrib di MATIN yang membincangkan tentang Hadis Ummu Zara') ^_^ 

Moga Allah memperelokkan akhlaq kita seperti mana hebatnya akhlaq Nabi saw dan para sahabat. 

Wallahu a'lam

by: mohd salahuddin

Friday, 5 October 2012

‎5 CARA MEMILIH SAHABAT DALAM HIDUP

Pertama: Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan... 

Kedua: Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya). 

Ketiga: Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya. 

Keempat: Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu. 

Kelima: Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu. 

By: Berkasih Sayang Kerana Allah

ANTARA MARUAH DAN GAMBAR PAKWE

Gambar muka sendiri diedit cantik dan dipamerkan. 
Ditambah lagi satu, gambar kekasih hati turut sama terpampang. 

Gambar ‘budak lelaki’ itu juga diedit cantik dan ditulis pelbagai kata cinta di atasnya. Di bawahnya pula, status ‘in a relationship’ tertera penuh bangga dengan lelaki yang bukan suaminya. 

Apakah mereka fikir, itu suatu bentuk kebanggaan? 

Wahai muslimah, sedarkah anda sedang menjatuhkan maruah diri anda sendiri. 

Wanita itu sifat malunya lebih tebal berbanding lelaki. Fitrah penuh hikmah yang diciptakan ALLAH. Islam datang mengangkat martabat mereka dengan pelbagai peraturan dalam syariat. Dan Islam terbukti sebagai sistem paling unggul dalam memuliakan wanita. Ada perintah berhijab, merendahkan suara, menjaga pergaulan dan tutur kata. Secara tersirat, elemen-elemen itulah yang menambahkan lagi harga dan maruah seorang wanita. Mereka menjadi mulia dan mereka dimuliakan.. 

Menjadi trend, di usia remaja wajib punya pasangan. Seawal tingkatan satu, sudah punya teman istimewa dan diisytihar merata-rata. Bahkan ada juga yang memanggil budak lelaki mereka sebagai ‘hubby‘ atau suami. Kemudian, putus di tengah jalan. Lalu ditulis pula status-status penuh kesedihan.Bila dapat teman lelaki baru, mulalah gambar2 baru di letak,terbuai lagi dengan maksiat~ 

ALASAN-ALASAN UNTUK CLASH CARA STUDENT

Student Kimia : Saya banyak terdedah dgn bahan kimia, saya takut tak dpt beri zuriat. Kita berpisah eh? " 

Student Fizik : "Saya belajar pasal fizik kuantum yg tak nampak, jadi saya tak nampak awak dlm diri saya. Kita clash" 

Student Matematik : "Saya dah buat kira-kira guna limit function, mmg sampai sini saja limit perhubungan kita" 

Student Biologi : Maaf, saya dah jatuh cinta dengan serangga dan tumbuh-tumbuhan. Bukan dgn awak lagi" 

Student Pergigian : "Saya tahu yg cinta awak palsu sepalsu gigi palsu! Nyenyenye." 

Student Perundangan : "Talk to the hand, see you in court!" 

Student Sains Politik : "Awak dah tahu saya ni Pro-Aspirasi, yang awak undi Pro-M pasal apa? Kita break!!" LOL 

Student Seni : "Gaya awak tak cukup abstrak untuk menambat hati saya. Maaf" 

Student Pengajian Islam : "saya solat istikharah malam tadi dan sorry, awak tak ada dalam petunjuk masa depan saya".

Apa Itu Nikah Gantung?

Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan. 

 Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya. 

Monday, 1 October 2012

Cara Menguatkan Nafsu BAIK....

Nafsu yang baik hendaklah kuat dan mantap untuk menghadapi ancaman nafsu jahat, 

Untuk menguatkan nafsu baik dalam diri manusia ada tiga cara iaitu: 

 1. Kawal kemarahan, dengan bersikap sederhana dalam segala per kara. 

Kemarahan yang melampau menyebabkan manusia hilang kawalan diri sehingga bertindak keterlaluan dan akhirnya akan membawa musibah dan kemudaratan kepada diri dan orang lain. 

 2. Kawal syahwat, setiap manusia ada keinginan syahwatnya. 

Apabila syahwat Berjaya dikawal akan terpeliharalah diri dari terjerumus kepada perbuatan dosa dan maksiat. 

 3. Mantapkan diri dengan ilmu pengetahuan, 

orang yang berilmu dapat mengekang unusr-unsur jahat dalam diri berbanding orang yang tidak berilmu kerana perbuatan dan perilakunya sering mengikut telunjuk hawa nafsu. 

Sekiranya ada ketiga-tiga perkara dalam diri manusia. Iaitu kemampuan untuk mengawal sifat amarah yang memudaratkan dan berupaya mengekang keinginan nafsu syahwat yang membinasakan, maka dapatlah manusia mengekang dan menewaskan unsur-unsur nafsu binatang yang ada pada dirinya. 


 Justeru, untuk memiliki kekuatan besar, strategi yang tepat dalam kehidupan, dan kerajaan yang ada dalam tubuh itu semakin jaya, kuncinya adalah dengan ilmu. Sebab, dengan ilmulah manusia terselamat dari segala fitnah dan rayuan syaitan yang menyesatkan. Dan dengan ilmu manusia mampu membangunkan kerajaan dengan jayanya, sebab dalam dirinya terdapat seorang raja yang arif dan bijaksana. Dengan keilmuannya yang tinggi sehingga tidak hanya mennggikan darjatnya di hadapan makhluk lain tetapi juga meningkatkan darjatnya di sisi Allah s.w.t.

Biler Suami Jadik Isteri

Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja,sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat danletihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.


Satu malam ~~~~


Mat berdoa,”Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja.Biar aku pula yang berehat di rumah” 


Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah. 


Pastu panaskan enjin kereta dan bergegas hantar anak-anak kesekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Komdian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti. 

koPi aNd paSta

get this widget here