weLcome


Monday, 1 October 2012

Cara Menguatkan Nafsu BAIK....

Nafsu yang baik hendaklah kuat dan mantap untuk menghadapi ancaman nafsu jahat, 

Untuk menguatkan nafsu baik dalam diri manusia ada tiga cara iaitu: 

 1. Kawal kemarahan, dengan bersikap sederhana dalam segala per kara. 

Kemarahan yang melampau menyebabkan manusia hilang kawalan diri sehingga bertindak keterlaluan dan akhirnya akan membawa musibah dan kemudaratan kepada diri dan orang lain. 

 2. Kawal syahwat, setiap manusia ada keinginan syahwatnya. 

Apabila syahwat Berjaya dikawal akan terpeliharalah diri dari terjerumus kepada perbuatan dosa dan maksiat. 

 3. Mantapkan diri dengan ilmu pengetahuan, 

orang yang berilmu dapat mengekang unusr-unsur jahat dalam diri berbanding orang yang tidak berilmu kerana perbuatan dan perilakunya sering mengikut telunjuk hawa nafsu. 

Sekiranya ada ketiga-tiga perkara dalam diri manusia. Iaitu kemampuan untuk mengawal sifat amarah yang memudaratkan dan berupaya mengekang keinginan nafsu syahwat yang membinasakan, maka dapatlah manusia mengekang dan menewaskan unsur-unsur nafsu binatang yang ada pada dirinya. 


 Justeru, untuk memiliki kekuatan besar, strategi yang tepat dalam kehidupan, dan kerajaan yang ada dalam tubuh itu semakin jaya, kuncinya adalah dengan ilmu. Sebab, dengan ilmulah manusia terselamat dari segala fitnah dan rayuan syaitan yang menyesatkan. Dan dengan ilmu manusia mampu membangunkan kerajaan dengan jayanya, sebab dalam dirinya terdapat seorang raja yang arif dan bijaksana. Dengan keilmuannya yang tinggi sehingga tidak hanya mennggikan darjatnya di hadapan makhluk lain tetapi juga meningkatkan darjatnya di sisi Allah s.w.t.

0 comments:

Post a Comment

koPi aNd paSta

get this widget here