weLcome


Sunday, 7 October 2012

sWeetnYe sUami

Allahu Akbar. 
Indahnya puji memuji dalam berkeluarga ^_^ 
Jika keduanya Soleh dan Solehah. 

Suami : Awak, awak pernah dengar tak cerita seorang wanita yang sangat menakjubkan? 

Isteri : Cerita apa? Siapa? Ceritakanlah (Dalam hati cemburu). 

Suami : Pada zaman dulu ada seorang wanita yang bernama Ummu Laila, 
dia seorang yang amat taat pada suami.
 Dia sentiasa jaga suaminya dengan baik, 
Tiada pula ia meninggi suara, 
Apabila dia tersenyum pula menenangkan suaminya. 
Setiap kali mahu tidur, pasti dia minta maaf pada suaminya. Agar Allah redha akannya. 
Auratnya tertutup dengan sempurna, 
Ketika suaminya sedih, dialah pernawar duka. 
Apabila suaminya berjenaka, dialah pendengar setia. 
Apabila di rumah, dia akan berhias untuk suaminya, 
Apabila di keluar, dia pula memakai biasa supaya tiada yang melihatnya. 
Baginya Suaminya sahaja yang teristimewa. 

Isteri : Subhanallah, hebatnya. ( Dalam hati sedih kerana rasa diri tidak sempurna ) 

Suami : Hebatkan? ^_^ Mahu tahu satu perkara? Diri awak di pandangan abang, lebih hebat lagi diri Ummu tadi. ^_^ 

Isteri : Eh, Mana ade. ('^_^ Pipi Merah "blushing") 

 *Sebenarnya tidak wujud pun cerita Ummu Laila tu, Si Suami saja buat-buat cerita untuk hiburkan hati Isterinya. ^_^ 
*Itulah sunnah yang dibuat oleh Nabi saw kepada Isteri-isteri baginda. 
*Para suami, selamat mencuba mencuba. ^_^ 

Amaran keras : Pasang Suami Isteri sahaja ya. Cerita Ummu Laila itu rekaan sahaja. 

(Pengajaran yang ana dapat dan faham dari Kuliyyah maghrib di MATIN yang membincangkan tentang Hadis Ummu Zara') ^_^ 

Moga Allah memperelokkan akhlaq kita seperti mana hebatnya akhlaq Nabi saw dan para sahabat. 

Wallahu a'lam

by: mohd salahuddin

0 comments:

Post a Comment

koPi aNd paSta

get this widget here