weLcome


Tuesday, 10 September 2013

Alkisah sebuah hidangan isteri

Mak saya suka memasak tapi mak bukan seorang suri rumah, mak seorang engineer. 
Ada satu malam, mak balik sangat kepenatan tapi masih perlu memasak untuk saya dan abah. 
Mak hanya mampu masak ayam kunyit, sayur kailan ikan masin dan nasi. 
3 hidangan itu diletakkan di meja makan di mana ayah duduk goyang kaki menunggu makan. 

Ayah meminta diri untuk solat Maghrib dulu sebelum makan. 
Ketika itu saya mencuba hidangan mak. 
Alamak, ayam kuncit terlalu masin, kailan separuh masak dan nasi hanyit. 
Namun saya diam. 

Selepas Isyak, ayah menjamu makanan masakan mak. 
Sambil makan, ayah bertanya bagaimana sekolah hari ini. 
Saya tidak berapa ingat apa jawapan saya. 

Ketika makan, mak mohon maaf pada ayah atas masakannya. 
Tapi ayah menjawab, “Sangat sedap sayang. Abang suka semua hidangan ini.” 
Malam itu, sebelum tidur, saya pergi bersalam dengan ayah yang masih di ruang tamu 
dan bertanya betul ke ayah suka masakan mak tadi yang saya sendiri terasa susah nak telan. 

 “Anakku, mak dah penat sepanjang hari kerja. Mak dah penat. 
Hidangan kurang enak tak melukakan Mie dan ayah tapi kata-kata kasar akan menghiris perasaan,” kata ayah. 

 Mendengar kata-kata ayah, saya tersentak. 
 Lalu saya masuk bilik untuk bersalam dengan mak 
dan bertanya… “Mak rasa ayah tadi kata suka masakan mak hari ini, mak percaya ke?”
“Anakku. Itu tak penting. 
Yang penting ayah jaga hati mak dan selepas makan, 
ayah tolong mak cuci pinggan. 
Ayah kamu itu orang besar, tapi benda-benda kecil sebegini yang buat mak sentiasa rasa bahagia
kerana terasa ayah betul-betul sayang kat mak,” jawab mak. 

 Itulah perkara yang berlaku ketika kecil dan saya mengingati sehingga hari ini. 
 Kini saya sudah berkahwin, anak sudah tiga – dan melihat kembali kenangan manis ayah dan emak, 
saya semakin memahami fikiran mereka pada masa itu. 
Mak dan ayah dan tindak-tanduk mereka menunjukkan mereka menerima segala kelemahan 
antara satu-sama lain dan meraikan perbezaan tersebut supaya hubungan erat 
dan kukuh sentiasa berkekalan. 
Mereka meraikan segalanya antara mereka, 
dan berusaha bersama untuk memastikan pasangan mereka sentiasa gembira dan bahagia. 

Wahai anakku, Hidup ini terlalu singkat untuk sebarang kekesalan. 
Jangan hidup dalam kekesalan. 
Hargailah segala yang dilakukan oleh orang-orang kesayangan kita, 
walaupun kadangkala kita tidak beberapa menyukainya. 
Mereka lakukan dengan kasih sayang, 
maka balaslah niat itu juga dengan kasih sayang dan kesyukuran 
bahawa ada yang masih sanggup melayan kita dengan baik. 
Ingatlah masa yang berlalu tidak akan berpatah balik.

 copy&paste

Thursday, 5 September 2013

Amalan Bagi Menajamkan Penglihatan Mata

Di sini sy ingin berkongsi satu ilmu dari tok guru saya dulu 
iaitu ilmu untuk menajamkan penglihatan mata dan mngurangkan rabun mata. 
Semua orang boleh amal terutamanya bagi yang rabun, 
saya tengok kawan2 sy ramai jugak yang rabun 
dan tepaksa menambah power 'spec mata'.. Jadi, saya tiba2 teringat ilmu yg ustaz sy ajar ni.. 

Jadi kawan2, masa anda semua menjawab azan,
apabila terdengar laungan
 أشهد أن محمد رسول الله, 
maka hendaklah menjawabnya 

dan kemudiannya membaca ayat ini:
 فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٌ۬ 
(sila rujuk surah qaf (ق) ayat yg ke 22)

Kemudian hembus dekat belakang ibu jari seperti dlm gambar,
lepas tu, gosok belakang ibu jari tu kat kedua2 mata.. (jari kanan= mata kanan, jari kiri=mata kiri) InsyaAllah, sntiasa amalkan, akan dapat lihat perubahannya, 
yang penting kita sentiasa bersangka baik dengan Allah..

InsyaAllah, ni salah satu ikhtiar untuk kesihatan mata kita.

p/s : copy n paste .. say juga rabun.hihi.



PETUA UNTUK MELEMBUTKAN HATI SUAMI

Supaya rumahtangga bahagia dan berkekalan serta tidak berlaku porak peranda dalam kehidupan berumahtangga..

Mulakan dgn membaca "Ta'awwudz" 
kemudian baca BasmaLlah

 فَجَعَلۡنَـٰهُنَّ أَبۡكَارًا (٣٦) عُرُبًا أَتۡرَابً۬ا (٣٧) لِّأَصۡحَـٰبِ ٱلۡيَمِينِ ٣٨) 
Surah al-Waaqi'ah ayat 36, 37, 38 
Maksud terjemahannya: "..Dan Kami jadikan mereka gadis2 perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya, (Kami ciptakan mereka) untuk golongan kanan 

Baca bahagian ayat ini sebanyak 7x
 ذۡ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَـٰٓأَبَتِ إِنِّى رَأَيۡتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوۡكَبً۬ا وَٱلشَّمۡسَ وَٱلۡقَمَرَ رَأَيۡتُہُمۡ لِى سَـٰجِدِينَ (٤) 
Surah Yusuf ayat 4 
Maksud terjemahannya: "(Ingatlah), ketika Yusuf berkata kpd ayahnya: "
Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan, 
ku lihat semuanya sujud kpdku 
Baca bahagian ayat ini sebanyak 7x 

Kemudian baca Surah ayatul Kursi sebanyak 3x 
Kemudian baca Surah an-Naas sebanyak 3x 
Kemudian baca Surah al-Falaq sebanyak 3x 
Kemudian baca Surah al-Ikhlash sebanyak 3x 

Selepas membacanya hembuskan bukan "tiup" (dgn sedikit percikan air liur sgt halus ke dalam gelas yg mengandungi air bersih (sebaiknya air mineral, bagus lagi klu air zam zam) 
dan minum separuh drpd air itu, yg separuh lagi, sapukan pada muka dan seluruh badan puan dan terus tidur. Ketika merebahkan badan niat di dalam hati sebelum tidur supaya Allah Ta'ala bagi petunjuk dgn dilembutkan hati suami puan2 itu..


Tuesday, 27 August 2013

Jom Kemas Beg

Sangat menarik cara dia kemas beg..
sangat mudah.
jimat masa..
jimat ruang..
leh practice pas nie.. hihi




cara lelaki..


cara wanita..





(Rabbee) I'm Yours Lyrics:


Well I've done-done wrong and you bet I felt it
I tried to be chill but it was so hot that I melted
I fell right through the cracks
And I'm trying to get back!
Before the cool done run out
and I'll be giving it my bestest
And nothing's going to help me but divine intervention
I reckon it's again my turn...to win some or learn some!
So I won't hesitate no more, no more
This cannot wait, I'm Yours! Rabbee I'm Yours!!

Well open up your mind and see like me
Open up your plans and man, you're free!
Open up your heart and you'll find love, love, love 
Listen to my music and maybe sing with me?
I love peaceful melodies
It's our God-forsaken right to be loved, loved, loved, loved, loved!

So I won't hesitate no more, no more
This cannot wait I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short
This is our fate, Rabbee! Rabbee! I am Yours!

I've been spending way too long checking my tongue in the mirror
And bending over backwards just to try to see it clearer
and my breath fogged up the glass
So I drew a new face and laughed 
I guess what I be saying is there ain't no better reason,
to rid yourself of vanities and just go with the season
It's what we aim to do
Our name is our virtue!

So I won't hesitate no more, no more
This cannot wait I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short
This is our fate, Rabbee! Rabbee! I am Yours!
Rabbee, Rabbee, I am Yours!
Rabbee, Rabbee, I am Yours!
Oh, Rabbee, Rabbee, I am Yours! ..


Cara untuk buat suami n isteri bahagia.

SEKADAR BERKONGSI... 

BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT LELAKI dan SUAMI GEMBIRA : 

1. jaga makan minum dia
2. Tidur dengan dia 
3. Biarkan dia dengan ketenangan 
4. Jangan memeriksa telefon beliau (Mesej) 
5. Jangan mengganggu dia dengan pergerakannya 

 Jadi APA YG SUSAH sangat tentang itu? 

CARA MEMBUAT WANITA dan ISTERI GEMBIRA : 
 Ia benar-benar tidak terlalu sukar tetapi .... 
Untuk membuat wanita bahagia, seorang lelaki hanya perlu jadi : 

1. rakan 
2. teman 
3. kekasih 
4. saudara 
5. bapa 
6. induk 
7. tukang masak 
8. juruelektrik 
9. tukang paip 
10. mekanik 
11. seorang tukang kayu 
12. penghias 
13. stylist 
14. sexologist 
15. pakar sakit puan 
16. ahli psikologi 
17. pembasmi perosak 
18. psikiatri 
19. penyembuh 
20. pendengar yang baik 
21. penganjur 
22. bapa yang baik 
23. sangat bersih 
24. bersimpati 
25. olahraga 
26. panas 
27. perhatian 
28. gagah 
29. pintar 
30. lucu 
31. kreatif 
32. tender 
33. kuat 
34. pemahaman 
35. toleran 
36. berhemat 
37. bercita-cita tinggi 
38. mampu 
39. berani 
40. ditentukan 
41. benar 
42. boleh dipercayai 
43. bersemangat 

TANPA lupa untuk: 
44. memberi pujian kerap 
45. Pergi membeli-belah dengan dia 
46. jujur 
47. menjadi sangat kaya 
48. tidak menekankan keluar 
49. tidak melihat perempuan lain 

DAN PADA MASA YANG SAMA, ANDA MESTI JUGA: 
50. memberikan banyak perhatian beliau 
51. memberikan banyak masa beliau,terutama masa untuk dirinya 
52. memberi beliau banyak ruang, tidak pernahbimbang tentang di mana dia pergi.

Namun yang paling penting INI SANGAT PENTING

53. tidak pernah lupa* hari lahir* ulang tahun* dia 
dan mesti alim  .... 
dan tlg Buang Sampah... 
dan perkhidmatan hantar kereta 
dan Bayar cukai jalan 
dan bawa melancong 
dan ...jgn LEBIH Tidur.... 
dan makan habis2 Masakan dia.. 
dan bila nak Tidur Bila cakap i luv u,,, 
dan berhenti membaca akhbar @ memberi perhatian apabila dia bercerita, ...
dan beberapa lagi dan oh ya u juga perlu menjadi spiderman atau superman pada masa-masa untuk menyelamatkan beliau .... & +++++++... (Infiniti)...

hihi..xsmua perlu jd ok.. ^_^
kopi n pasta : Shafiq Mujahid

Wednesday, 14 August 2013

Duit raya

Dialog nk mitak duit raya di hari raya..

Saya : Wit raya jgn lupa bagi ye..

Pemberi duit raya : Boleh,tp nie sek lagi ker dh keja.

Saya : Err..

Pemberi duit raya : Dah keja xleh dapat r..

Saya : Alaaa, boleh laaa.. 

Pemberi duit raya : xboleh..

Saya masih menunggu..ku menunggu, terus menunggu.. macam lagu ku menunggu la plak..hihi..

last2.. xdpt jgak kutip wit raya..walaupun sepuluh kali cium tgn pemberi.. haha..

walaubagaimana pun.. da jgak yg masih sudi bagi bg saya..tq2..hihi

Meh la dtg umah saya..leh bg sy wit raya.. ^_^


wit raya dari audit kat tmpt keja
wit raya dr creditor..hihi

kepada yg xdpt duit raya 2 mksudnye anda sudah tua la 2..hahaha.


RAYA

Assalam semua sahabat...

Sudah lama tidak update blog nie..Terasa cepat masa berlalu..sibuk dengan kerja2 jer.hihi
dari puasa sampai raya baru sempat nk update..
dengan ini saya mengucapkan selamat hari raya,maaf jika ada kata2 saya dalam blog yang tidak memuaskan hati para sahabat sekalian..
moga kita menjadi lebih baik dari hari ke hari.. senyum sokmo.


semoga kita menjadi hambaNYA yang selalu bersyukur. Jaga diri, jaga iman,jaga hati.
MOga Allah Rahmati kita selalu..aamiin

sweettt couple
girl in black berjubah



Doa Untuk Mesir

Ambil masa 1 minit berdoa untuk mesir..

Ya Allah! Ya Qahhar ! Ya Jabbar ! Ya Muntaqim ! Ya Dzal Jalali wal ikram! Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! bantulah saudara-saudara kami Dr Morsi dan Ikhwanul Muslimin di Mesir dan di semua tempat.

Ya Allah! bantulah mereka dan janganlah Engkau membantu musuh melawan mereka.

Ya Allah! bantulah mereka dan janganlah Engkau menolong musuh melawan mereka.

Ya Allah! berilah mereka kepakaran membuat senjata untuk menghadapi musuh-musuhMu.

Ya Allah! tepatkanlah bidikan Senjata mereka dan kukuhkanlah kaki-kaki mereka serta berilah taufiq-Mu pada setiap langkah mereka.

Ya Allah! satukanlah barisan mereka dan kumpulkanlah segala upaya mereka.

Ya Allah! jadikanlah jihad mereka di jalan-Mu dan janganlah haramkan pahala jihad mereka atas kami.

Ya Allah! tolonglah kaum muslimin yang terzhalimi di Mesir dan semua tempat.

Ya Allah! tolonglah Ikwanul Muslimin dan perbaikilah hubungan mereka.

Ya Allah! binasakanlah Para Munafiqin Yang Bersongkol dengan Zionis Israel+ Syiah dan Mustakbirin Amerika goncangkanlah dan hancurkan mereka.

Ya Allah! cerai beraikan barisan mereka dan luluh lantakkan kalimat mereka.

Ya Allah! janganlah Engkau memberikan kedudukan yang baik bagi mereka di muka bumi ini.

Ya Allah! lemparkanlah rasa takut dalam hati-hati mereka.

Ya Allah! hitunglah jumlah mereka, bunuhlah mereka dan jangan sisakan seorang pun dari mereka Ya Allah!

Kasihanilah saudara-saudara kami Ya Allah! Perkenankanlah Permintaan Kami, Aamiin Aamiin Aamiin Allahumma Aamiin..
 



Doa agar Allah membukakan sembilan pintu kebaikan untuk kita

"Allahumaftah lana abwabal khairi wa abwabal barakati wa abwaban ni'mati wa abwabarrizki wa abwabal kuwati wabwabash shihhati wa abwabas salamati wa abwabal afiyati wa abwabal jannati" "Ya Allah, bukakanlah bagi kami pintu kebaikan, pintu keberkahan, pintu nikmat, pintu rizki, pintu kekuatan, pintu kesehatan, pintu keselamatan, pintu kebugaran, pintu surga

Sunday, 24 February 2013

AJARI AKU MENJADI BIDADARIMU

Bismillahirrahmanirrahim,,, 

Wahai Akhy yang baik.. 

Ajari aku menjadi Bidadarimu. 
Ajari aku menjadi wanita yang bertutur kata santun. 
Ajari aku menjadi wanita yang berbudi pekerti mulia. 
Ajari aku menjadi wanita yang pandai berhijab. 
Ajari aku menjadi wanita yang sanggup menjaga kehormatan. 

Agar aku tidak tersesat. 
Agar aku tidak selalu berteman maksiat. 
Agar aku menjadi wanita terhormat. 
Yang selalu mendapat rahmat. 

Aku tak sekedar hanya mencari pendamping. 
Tapi aku lebih membutuhkan seorang pembimbing. 

 Aku tak sekedar hanya butuh cinta semata. 
Tapi aku ingin seorang penuntun yang kelak bisa menjadikan aku mulia di hadapan_Nya. 

 Perbaiki aku ketika salah. 
Ingatkan aku ketika khilaf. 
Bimbinglah aku ke jalan yang lurus. 

Agar kelak aku bisa menjadi seorang makmum yang baik. 
Agar kelak aku menjadi seorang ibu yang baik buat anak-anakku. 
Yang pada akhirnya akan membawa diriku mendapat ridha_Nya. 
 Aamiin Ya Robbal 'Alamin ..

Tuesday, 12 February 2013

KEBAIKKAN SUAMI TEMANKAN ISTERI BERSALIN

Apakah kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi?

1. Meredakan debaran di hati isteri 

Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain. 

 2. Meredakan kesakitan isteri 

Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang. 

3. Menimbulkan keinsafan di hati suami 

Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan. 

4. Lebih menyayangi dan menghargai isteri 

Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. hargailah isteri anda, wahai sang suami. 

5. Lebih menghargai keluarga 

Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita. 

Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap. suami boleh membantu dengan cara: 
• memegang tangan isteri untuk menenteramkannya 
• mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan 
• mengelap muka isteri apabila berpeluh

kopi n pasta : Syed Johan Mustaqqim

Sunday, 27 January 2013

‎~ Muhasabah diri & Menginsafi diri ~


Hamba yang hina ini sedang menangisi 
Dosa-dosa yang telah banyak berlalu pergi 
Tanpa ada satu pun dikesali Allah....... 

Bila terasa ajal makin menghampiri Lemah segala urat dan sendi 
Mengenang kembali dosa yang tak terbilang dgn jari Allah...... 
Saat aku kembali Kesisi Mu ya Rabbi Izinkan aku mengucap kalimah suci 
Dan mendapat balasan Syurgawi 

 ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, 
sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: 

“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.) 

Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: 

“Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53) 

 “Dan bertaubatlah kamu sekalian wahai kaum mukminin! Semoga kamu mendapat kemenangan”. (an-Nuur: 31)

 “Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa”. (Ali-Imran, 133).

saHabaT

Orang kata SAHABAT itu mulia~ 
Orang kata SAHABAT itu lebih dari CINTA~
 Orang kata sekali berSAHABAT selamanya tetap SAHABAT~ 
Orang kata pilih lah SAHABAT dari CINTA~ 
Orang kata mereka pentingkan SAHABAT dari CINTA~ 

 SEBABNYA??? 
 Mereka kata CINTA itu buta dan akan menyebabkan kita JATUH, TERLUKA dan KECEWA~ 
Mereka kata SAHABAT pula akan bantu kita BANGUN, 
PULIHKAN, GEMBIRAKAN dan sentiasa BERSAMA kita~ 
Mereka kata CINTA boleh di cari tetapi SAHABAT sukar untuk di cari ganti~ 

 MAKA..... 
 Mereka pilih SAHABAT dari CINTA... 
Mereka dahulukan SAHABAT dari CINTA... 
Mereka pentingkan SAHABAT dari CINTA... 
Mereka sayangkan SAHABAT dari CINTA... 

TETAPI.... 
Bila mereka mula merasai CINTA... 
SAHABAT di tinggalkan...
SAHABAT mula di lupakan... 

CINTA dipilih...
SAHABAT terasa dan menjauh... 
CINTA boleh menegur tentang SAHABAT...

tapi... 

SAHABAT tak boleh menegur tentang CINTA... 
Kata-kata dan ikrar hanya tinggal kata-kata tanpa makna.. 

SEBABNYA??? 
CINTA telah menjadi segala-galanya~ 
CINTA telefon tgh malam nak masuk pagi pun tak apa~ 
CINTA merajuk tak apa~ 
CINTA marah tak apa~ 
CINTA salah pun tetap betul~ 
CINTA nak marah pun tak boleh~ 
CINTA semuanya nampak baik~ 

 BILA... 
SAHABAT telefon malam dh nak pagi, talian sibuk... 
SAHABAT "CALL WAITING" pun tak kisah... 
SAHABAT ada masalah langsung tak di endahkan... 
SAHABAT merajuk, dia yang marah... 
SAHABAT marah, dia terus putuskan persahabatan... 

SEBABNYA??? 
Dia fikir CINTA akan temani dia... 

Tapi..
dia tak pernah fikir "adakah cinta itu cinta abadi dan sejati?".. 
Sedangkan SAHABAT sejati sudah ditinggalkan... 

AKHIRNYA... 
Setelah ditinggalkan dan dilukai oleh CINTA... 
Dia kembali mencari SAHABAT... 
Meminta-minta kembali kasih SAHABAT.. 
Luka SAHABAT terlalu dalam.. 

Namun, SAHABAT masih menerimanya... 
Kerana, bagi sahabat, SAHABAT ADALAH SELAMANYA.. 
Luka yang telah di gores di hati, 
SAHABAT menganggapnya sebagai dugaan dalam PERSAHABATAN.. 
SAHABAT akan sentiasa menjaga ikatan persahabatan.. 
SAHABAT suka duka sentiasa bersama.. 
Kerana bagi SAHABAT~~
"Sahabat sebenar akan mencapai tangan sahabatnya dan akan menyentuh hatinya"..

Kisah bau KASTURI dan ZINA

Ada seorang pemuda yang menjual kain dari rumah ke rumah. Ia mempunyai susuk tubuh yang tegap dan rupa yang tampan.

Suatu hari ia lewat di jalan-jalan dan seorang wanita telah memanggilnya dan memintanya untuk masuk ke dalam rumah, apabila pemuda itu masuk ke dalam rumah maka wanita itu terus mengunci pintu. Terkejut dengan perbuatan wanita tersebut, pemuda itu mengingatkanya dengan Allah dan azab yang pedih.. 

Tapi sia-sia.. Amarah wanita itu semakin bertambah. Wanita itu menyatakan betapa ia ingin melepaskan perasaan rindu dendamnya yang terpendam sejak sekian lama terhadap lelaki tersebut. Wanita itu berkata pada pemuda penjual kain: “Jika anda tidak melakukan apa yang aku perintahkan pada kamu nescaya aku akan menjerit minta tolong. Aku akan beritahu kepada semua orang bahawa kamu menceroboh masuk dan memaksa ku melakukan perkara sumbang. Sudah tentu orang akan mempercayai kata-kataku ini.” Melihat sikap wanita itu yang nekad.

Pemuda itu menyuruhnya pergi bersiap-siap dan ia minta izin untuk masuk ke bilik air dengan alasan kononya ia juga ingin mempersiapkan diri. Apabila masuk ke bilik air, tubuh pemuda itu dengan sendiri rasa gementar daripada rasa takut dan jatuh dalam lumpur dosa dan tiba-tiba timbul dalam fikirannya satu jalan keluar. 


Pemuda itu pun buang air besar dan ia lumurkan seluruh badan dengan najisnya sendiri. Sambil menangis ia berkata: “Daripada aku terjerumus dalam najis dosa dan kemurkaan Allah maka lebih baik aku lumurkan diriku dengan najis dunia yang busuk ini.” Apabila pemuda itu keluar dari bilik mandi, ia dapati wanita itu sudah menunggunya. Ia melihat sendiri betapa terperanjatnya wanita itu dan wanita itu merasa sangat merasa jijik dengan keadaannya. Lalu wanita itu menjerit marah dan menyuruh pemuda itu keluar dari rumahnya dengan segera. Lepaslah si pemuda dari dugaan yang amat berat.

Dalam perjalanan pulang ia terdengar azan berkumandang.Ia terus balik ke rumah membersihkan diri. Dan dengan perasaan malu dengan bauan yang tak enak pada tubuhnya ia terus melangkahkan kakinya ke masjid. Setelah selesai solat, pemuda itu menjadi panik apabila semua mata para jemaah tertumpu ke arahnya. Dalam keadaan tersipu-sipu ia mohon maaf.



cinta




koPi aNd paSta

get this widget here